Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MacBook pro 2018_

Apple Tambah 12 Model Mac Dalam Senarai Produk Vintaj Dan Usang

Diterbitkan September 24, 2024 · Dikemas kini September 24, 2024 oleh Amalina Athman

Apple menambah tiga model Mac ke senarai produk vintaj, dan mengalihkan sembilan model Mac daripada senarai vintaj ke senarai produk usang.

Model Mac yang kini dikategorikan sebagai vintaj adalah MacBook Air (Retina, 13-inci, 2018), MacBook Pro (13-inci, 2017, 2 TBT3) serta MacBook Pro (13-inci, 2018, 4 TBT3).

Sementara Mac yang diklasifikasikan sebagai usang adalah seperti berikut:

  • MacBook (Retina, 12-inci, awal 2016)
  • MacBook Air (13-inci, awal 2015)
  • MacBook Pro (13-inci, 2016, 2 TBT3)
  • MacBook Pro (13-inci, 2016, 4 TBT3)
  • MacBook Pro (15-inci, 2016)
  • MacBook Pro (Retina, 13-inci, awal 2015)
  • iMac (21.5-inci, hujung 2015)
  • iMac (Retina 4K, 21.5-inci, hujung 2015)
  • iMac (Retina 5K, 27-inci, hujung 2015)

Buat pengetahuan, produk dianggap “vintaj” apabila Apple berhenti mengedarkannya untuk jualan lebih daripada lima dan kurang daripada tujuh tahun lalu. Walaupun begitu, Apple Store dan Pembekal Perkhidmatan Sah Apple (AASP) masih akan menawarkan pembaikan untuk produk vintaj sehingga dua tahun lagi, bergantung kepada ketersediaan alat ganti.

Apple menganggap peranti sebagai “usang” setelah syarikat berhenti mengedarkannya untuk jualan lebih daripada 7 tahun yang lalu. Apple Store dan AASP tidak lagi menawarkan perkhidmatan pembaikan produk usang, tetapi penggantian bateri MacBook mungkin kekal tersedia sehingga 10 tahun selepas peranti kali terakhir diedarkan.

Berkaitan

  • Empat Peranti Apple Kini Disenaraikan Produk Vintaj Dan Usang
  • iPhone Pertama Dengan Touch ID Kini Disenaraikan Produk Usang
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Dapat iPhone 16 Kedua Dengan Hanya RM1, Ini Caranya

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY