Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Flipper Zero

Apple Tamatkan Keupayaan Peranti Pihak Ketiga ‘Shut Down’ iPhone

Diterbitkan Disember 19, 2023 · Dikemas kini Disember 19, 2023 oleh ariff bukhari

Apple menerusi iOS 17.2 senyap-senyap membetulkan eksploitasi yang membolehkan peranti pihak ketiga iaitu Flipper Zero menyerang iPhone berdekatan menerusi notifikasi timbul, yang berupaya melumpuhkan iPhone sehingga pengguna perlu menghidupkannya semula (Restart).

Flipper Zero ialah peranti kecil yang mampu meniru NFC, RFID atau isyarat radio lain. Dikatakan sebagai peranti seperti mainan untuk “gek komputer” kewujudan peranti ini telah dikritik kerana menjadi alat yang mudah digunakan untuk penggodam.

Flipper Zero memerlukan perisian tegar (firmware) pihak ketiga Xtreme, yang disertakan dengan aplikasi Spam BLE untuk menyerang peranti dengan mesej spam Bluetooth.

Flipper Zero 1
Sumber: Flipper Zero

Dengan itu, pengguna Flipper Zero boleh berada dilokasi sibuk dan menyerang semua iPhone dalam radius 30 kaki dengan notifikasi  timbul, cukup untuk menjadikan peranti Apple terkunci dan memerlukan peranti dimulakan semula.

Malah jika ia disambungkan ke antena yang lebih besar, penyerang boleh menghantar mesej spam pada jarak 50 kaki atau lebih.

Serangan itu bukan sahaja menjejaskan peranti iOS, tetapi turut menjejaskan sistem Android dan Windows. Cuma serangan itu hanya boleh menutup iPhone dengan berkesan.

Flipper Zero telah dikategorikan sebagai alat penggodaman. Bahkan ia dilarang dari halaman kedai Amazon.

Kemas kini iOS 17.2 sudah pun tersedia dimuat turun untuk pengguna iPhone. Kemas kini itu turut mengandungi beberapa ciri baharu seperti aplikasi Jurnal dan sokongan rakaman video spatial untuk iPhone 15 Pro dan Pro Max.

Berkaitan

  • Kemas Kini iOS 17.2 Ada Ciri Baharu Untuk Papan Kekunci
  • Pengguna iPhone Kini Boleh Tukar Bunyi Notifikasi 'Default', Ini Caranya
  • Pencuri iPhone Kelak Akan Lebih Sukar Akses Peranti

Sumber: ZDNet, Flipper Zero

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY