Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (68)

Kemas Kini iOS 17.2 Ada Ciri Baharu Untuk Papan Kekunci

Diterbitkan November 15, 2023 oleh Muhd Idham

Pada kemas kini iOS yang terbaru nanti iaitu iOS 17.2, Apple telah membuat penambahbaikan pada papan kekunci maya mereka bagi peranti iPhone dan iPad.

Syarikat itu kini telah menggunakan teknologi kecerdasan buatan LLM untuk menaik taraf auto-pembetulan dan menyediakan ramalan teks sebaris yang boleh dimatikan dengan togolnya sendiri tanpa mematikan teks ramalan sekali.

Bagi pengetahuan anda, teks ramalan atau prediction text merupakan cadangan perkataan yang dipaparkan di atas papan kekunci maya anda ketika anda tengah menaip sesuatu perkataan itu.

Namun, tindakan Apple untuk menambah ciri baharu iaitu ramalan teks sebaris atau inline text prediction pada kemas kini iOS 17 menimbulkan rasa tak selesa dan mengganggu pengguna ketika menaip.

Screenshot 2023-11-15 092909

Tambahan lagi, togol terbaru ini hanya boleh didapati dalam tetapan papan kekunci maya iPhone 12 dan ke atas sahaja selepas kemas kini iOS 17.2 dilaksanakan.

Sehubungan dengan itu, Apple dijangka akan mengeluarkan kemas kini terbaru ini untuk kegunaan umum pada akhir tahun ini dengan pembaharuan yang lain juga selain yang di atas.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Jom Meriahkan Karnival Minggu Sains Negara (MSN) Dan Malaysia Techlympics 2023
  • Nothing Umum Aplikasi iMessage Versi Android
  • 'Backup' WhatsApp Untuk Android Tidak Lagi Percuma Dengan Storan Tanpa Had

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY