Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
3 Emulator Permainan Retro Popular Yang Tersedia Di App Store

3 Emulator Permainan Retro Popular Yang Tersedia Di App Store

Diterbitkan Mei 17, 2024 · Dikemas kini Mei 17, 2024 oleh Amalina Athman

Pada April, Apple telah mengemas kini garis panduannya untuk membenarkan emulator permainan retro di App Store. Kini, beberapa emulator popular telah pun dilancarkan.

Emulator yang dilancarkan setakat ini membolehkan pengguna iPhone, iPad dan Apple TV bermain permainan yang dikeluarkan untuk konsol lama daripada Nintendo, Sony, SEGA, Atari, dan lain-lain. Berikut merupakan antara emulator yang sudah tersedia di App Store.

Berkaitan

  • Anda Kini Boleh Memainkan Lebih 97% Judul Permainan Wii Dan GameCube Menerusi Emulator Ini
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Delta – Game Emulator

Delta merupakan emulator yang menyokong permainan daripada beberapa konsol Nintendo, dengan kekulit (skin) yang mesra pengguna serta terdapat pelbagai alat kawalan fizikal dan banyak lagi. Bagi yang tidak biasa, emulator ini merupakan antara yang paling mudah untuk digunakan.

3 Emulator Permainan Retro Popular Yang Tersedia Di App Store

Setakat ini, ia hanya tersedia di iPhone dengan sokongan sistem permainan dari Game Boy (semua model), Nintendo DS, Nintendo Entertainment System (NES), Super Nintendo Entertainment System (SNES) dan Nintendo 64 (N64).

Tiada permainan yang disertakan, namun ia boleh dimuat turun melalui laman web ini atau yang menyokongnya.

RetroArch

RetroArch merupakan frontend yang menyediakan akses semua-dalam-satu kepada pelbagai emulator berbeza untuk konsol daripada Atari, Commodore, Nintendo, SEGA, Sony dan lain-lain.

3 Emulator Permainan Retro Popular Yang Tersedia Di App Store

Emulator permainan ini tersedia untuk iPhone, iPad dan Apple TV. Bagi mengetahui senarai penuh sokongan konsol, lihat bahagian penerangan aplikasi di App Store.

PPSSPP – PSP emulator

Emulator PPSSPP – PSP ditawarkan dalam RetroArch, dan tersedia secara berasingan sebagai aplikasi kendiri. PPSSPP boleh menjalankan hampir semua permainan PlayStation Portable (PSP) dalam kualiti HD pada iPhone dan iPad.

3 Emulator Permainan Retro Popular Yang Tersedia Di App Store

Namun begitu, tiada permainan disertakan dengan muat turun di App Store. Gunakan permainan PSP sebenar dan tukarkannya menjadi fail .ISO atau .CSO, atau muat turun permainan yang tersedia di “Homebrew Store”.

Rujukan: Delta, RetroArch, PPSSPP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
©2026 WISER.MY