Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ios 16

iOS 16 Sedia Untuk Dikemas Kini, Ini Senarai Model iPhone Yang Menyokongnya

Diterbitkan September 13, 2022 oleh Amalina Athman

Seiring pelancaran siri iPhone 14 baru-baru ini, Apple secara rasmi telah melepaskan kemas kini iOS 16 untuk semua peranti iPhone yang menyokongnya, bermula hari ini.

iOS 16 Sedia Untuk Dikemas Kini, Ini Senarai Model iPhone Yang Menyokongnya

Melalui iOS 16, ia menampilkan sejumlah fungsi baharu buat pengguna. Antaranya termasuk Lock Screen yang boleh disuaikan, kebolehan membuat suntingan dan tarik balik mesej yang dihantar dalam iMessage serta lain-lain. Tekan pautan INI untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ciri menarik dalam iOS 16.

Berkaitan

  • iOS 16 Rasmi, Ini Apa Yang Diumumkan Selain 'Lockscreen' Baharu
  • iOS 16 Benarkan 'Edit' iMessage, Tempoh 'Unsend' Dikurangkan
  • Ini Dia 13 Ciri 'Best' Dalam iOS 16

Bagi sokongan peranti, berikut disenaraikan iPhone yang menerima kemas kini iOS 16:

  • iPhone 14, iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro, iPhone 14 Pro Max
  • iPhone 13, iPhone 13 mini, iPhone 13 Pro, iPhone 13 Pro Max
  • iPhone 12, iPhone 12 mini, iPhone 12 Pro, iPhone 12 Pro Max
  • iPhone 11, iPhone 11 Pro, iPhone 11 Pro Max
  • iPhone XS, iPhone XS Max
  • iPhone XR
  • iPhone X
  • iPhone 8, iPhone 8 Plus
  • iPhone SE (generasi ke-2 atau lebih baharu)

Dengan senarai tersebut, bermakna iPhone 7 Plus dan siri sebelumnya tidak lagi menerima kemas kini iOS 16.

Seperti biasa, kemas kini iOS 16 boleh dilakukan melalui Setting > General > Software Update > Download and Install. Sebelum itu, pengguna disarankan untuk membuat sandaran melalui iCloud atau iTunes terlebih dahulu. Ini kerana, kemas kini iOS 16 hadir dengan saiz yang besar dan bagi mengelakkan kehilangan data jika proses kemas kini gagal.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY