Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Sahkan Mac Baharu Bakal Diumum Minggu Depan

Apple Sahkan Mac Baharu Bakal Diumum Minggu Depan

Diterbitkan Oktober 25, 2024 · Dikemas kini Oktober 25, 2024 oleh Amalina Athman

Apple kini menjadualkan pengumuman berkaitan barisan komputer Mac pada minggu hadapan, menandakan kehadiran model yang dinanti-nantikan dengan cip M4 baharu.

Dalam siaran di X, Naib Presiden Kanan (Pemasaran) Apple Greg Joswiak berkata “Mac (mark) kalendar anda”, minggu hadapan akan menjadi “minggu pengumuman yang menarik” bermula Isnin.

Mac (😉) your calendars! We have an exciting week of announcements ahead, starting on Monday morning. Stay tuned… pic.twitter.com/YnoCYkZq6c

— Greg Joswiak (@gregjoz) October 24, 2024

Dengan pengumuman Joswiak, nampaknya tidak akan ada acara Oktober yang dikhususkan untuk Mac tahun ini. Sebaliknya, Apple akan memperkenalkan produk baharu melalui siaran akhbar.

Pengumuman ini dijangka akan memberi tumpuan kepada Mac baharu yang menggunakan cip M4 seperti iMac dan MacBook Pro, serta Mac mini yang dinaik taraf, di samping aksesori desktop USB-C.

Sehingga itu, nantikan pengumuman rasmi Apple pada minggu hadapan.

Berkaitan

  • Apple Dijangka Perkenal Mac Mini Baharu Dan iPad Mini Seawal 1 November
  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • Mac Studio Dan Mac Pro Dengan Cip M4 Ultra Dijangka Hadir Pada Petengahan Tahun 2025
  • Apple Umum iPad Mini Dengan Cip A17 Pro, Harga Bermula RM2199

Sumber: Greg Joswiak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY