Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPad Pro Baharu Kini Dengan Skrin OLED Dan Cip Apple M4

Apple Dijangka Perkenal Mac Mini Baharu Dan iPad Mini Seawal 1 November

Diterbitkan Oktober 7, 2024 oleh Rushsyafizal

Apple nampaknya bersiap sedia untuk melancarkan lebih banyak peranti baharu pada November ini. Dalam buletin Power On oleh Mark Gurman, dilaporkan bahawa Apple akan memperkenalkan model MacBook Pro, Mac mini dengan reka bentuk baharu, iMac M4, dan iPad mini sebelum akhir bulan ini. Tarikh pelancaran yang disasarkan adalah pada 1 November untuk sekurang-kurangnya sebahagian daripada produk ini.

Apple dijangka melancarkan MacBook Pro 14 inci bagi versi asas dan tinggi, kedua-duanya dilengkapi cip M4. Selain itu, terdapat juga MacBook Pro 16 inci versi premium yang turut menggunakan cip M4.

Bagi Mac mini, Gurman sebelum ini melaporkan bahawa peranti ini akan hadir dengan saiz yang lebih kecil, hampir menyamai saiz kotak Apple TV. Namun, dengan saiz yang lebih kecil tersebut, ada kemungkinan Apple tidak menawarkan port USB-A.

Selepas pelancaran musim luruh ini, Gurman menjangkakan Apple akan memperkenalkan lebih banyak produk pada awal 2025, termasuk MacBook Air 13 inci dan 15 inci dengan cip M4, iPhone SE baharu, serta iPad Air dalam dua saiz.

Walaupun pelancaran ini amat dinantikan pengguna Apple, namun berkemungkinan besar tiada acara yang diadakan. Jadi, pengguna perlu menunggu sehingga 1 November untuk pengumuman rasmi Apple.

Berkaitan

  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • Bloomberg: iOS 18.1 Dengan Apple Intelligence Akan Tiba Hujung Bulan Ini
  • Pengguna Android Mula Terima Ciri Anti Kecurian Baharu, Telefon Dicuri Tidak Boleh Dijual
  • Kastam Lapangan Terbang Delhi Sekat Cubaan Seludup iPhone 16 Pro Max
  • Filipina Kenakan Cukai 12% Ke Atas Platform Penstriman

Sumber : The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY