Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Apple Umum iPad Mini Dengan Cip A17 Pro, Harga Bermula RM2199

Posted on Oktober 15, 2024Oktober 15, 2024

Apple hari ini melancarkan iPad mini generasi baharu, dengan sejumlah naik taraf – termasuk dikuasakan cip A17 Pro serta sokongan Apple Intelligence.

Menurut Apple, cip A17 Pro memberikan peningkatan masing-masing 30% dan 25% dalam prestasi CPU dan GPU, berbanding generasi sebelumnya.

Dari segi rekaan, iPad mini generasi ke-7 masih mengekalkan saiz kompak 8.3-inci.

Satu perubahan reka bentuk baharu ialah kawasan pengecasan magnetik pada sisi tablet untuk menyokong Apple Pencil Pro. Ia membolehkan iPad mini memasangkan dan mengecas Apple Pencil Pro secara wayarles. iPad mini juga serasi dengan Apple Pencil (USB-C).

Dikuasakan cip A17 Pro – iaitu cip yang sama seperti iPhone 15 Pro, tablet ini menawarkan sokongan Apple Intellegence. Set pertama untuk ciri Apple Intelligence akan tersedia dalam bahasa Inggeris pada bulan ini melalui kemas kini iPadOS 18.1.

Lain-lain penambahbaikan termasuk sokongan Wi-Fi 6E, pemindahan data USB-C yang lebih pantas, serta naik taraf kamera 12MP dengan Smart HDR 4. Empat pilihan warna tersedia iaitu Blue, Purple, Starlight dan Space Grey.

Harga dan ketersediaan

Berikut merupakan senarai penuh harga iPad mini generasi ke-7 untuk pasaran Malaysia, tidak termasuk lain-lain penambahan:

Wi-Fi

  • 128GB – RM2,199
  • 256GB – RM2,599
  • 512GB – RM3,499

Wi-Fi + Selular

  • 128GB – RM2,899
  • 256GB – RM3,299
  • 512GB – RM4,199

Buat masa ini, Apple belum lagi mengumumkan ketersediaan iPad mini baharu untuk pasaran tempatan.

{suggest}

Sumber: Apple Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress