Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
battersea power station apple epf s p setia sime darby

Apple Pilih Bangunan Milik KWSP, S P Setia dan Sime Darby Sebagai Pejabat Baharu – Battersea Power Station

Diterbitkan September 30, 2022 · Dikemas kini September 30, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Sime Darby Property Berhad mengumumkan kerja-kerja pembaikan semula atau restoration Battersea Power Station telah selesai (practical completion) selepas 8 tahun.

Bangunan bersejarah di London ini dimiliki oleh konsortium yang disertai syarikat Malaysia iaitu Sime Darby Property, S P Setia Bhd dan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).

Apple Pilih Bangunan Milik KWSP, S P Setia dan Sime Darby Sebagai Pejabat Baharu – Battersea Power Station

Battersea Power Station ini sebenarnya berfungsi seumpama stesen jana kuasa yang membekalkan elektrik daripada arang pada bangunan-bangunan penting di England seperti Istana Buckingham, Parlimen dan lain-lain, hampir 100 tahun dulu.

Namun peranannya sebagai pembekal tenaga hanya dari 1930 hingga 1980.

Apple Pilih Bangunan Milik KWSP, S P Setia dan Sime Darby Sebagai Pejabat Baharu – Battersea Power Station

YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga telah melawat stesen ini pada 24 September lepas.

The Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah was welcomed by Battersea Project Holding Company's incoming chairman Datuk Jagan Sabapathy.

Kredit: Edge

Pada 1980, kerajaan melalui Historic England menganugerahkan status Grade II pada Battersea Power Station ini.

Gred ini diberikan pada satu-satu bangunan jika ia mempunyai kepentingan sejarah atau seni bina yang signifikan dan tertakluk di bawah undang-undang yang akan memelihara ciri-ciri uniknya.

concrete high rise buildings beside bridge at daytime

Seiring dengan perubahan teknologi, stesen jana kuasa ini menutup operasi lalu dibeli oleh syarikat taman tema iaitu Battersea Leisure. Pada 1993, ia dijual pula pada Parkview.

Apple Pilih Bangunan Milik KWSP, S P Setia dan Sime Darby Sebagai Pejabat Baharu – Battersea Power Station

Jika ia memperoleh status Grade II pada 1980, pada 2003 pula ia dinaikkan taraf ke Grade II * yang mana hanya 6% dalam senarai Grade II dimasukkan ke dalam Grade II*.

Apple Pilih Bangunan Milik KWSP, S P Setia dan Sime Darby Sebagai Pejabat Baharu – Battersea Power Station

Pada tahun 2012, 3 syarikat dari Malaysia iaitu S P Setia, Sime Darby dan KWSP hadir membeli Battersea Power Station ini dan memulakan kerja-kerja pembangunan semula kawasan di sekitarnya.

Apple Pilih Bangunan Milik KWSP, S P Setia dan Sime Darby Sebagai Pejabat Baharu – Battersea Power Station

Ia bukanlah satu perkara mudah memandangkan telah lama terbiar, dibina hampir 100 tahun dulu dan disenarai sebagai Grade II *.

Tambah pula, ia merupakan tempat pengumpulan arang dulu kala dan kini mahu diubah pada bangunan komersial.

Usaha ini dicatatkan oleh laman web Battersea sebagai penyelesaian pada isu dialaminya iaitu terbiar selama puluhan tahun.

Apple’s new Battersea office, with brick, natural light, interior and exterior trees.

Ia dibeli pada harga £400 juta dan Sime Darby bersama S P Setia masing-masing memiliki 40% pegangan dalam syarikat Battersea Project Holding Company Limited. KWSP pula memiliki baki 20%.

Another image of Apple’s Battersea office, from the ground floor looking up toward the skylights.

Kemudian pada 2019, KWSP dan PNB (Permodalan Nasional Berhad) pula melengkapkan pemilikian fasa kedua melalui PNB-Kwasa International 2 Ltd yang bernilai £1.58 billion (RM8.51 bilion waktu itu).

Siap sepenuhnya kelak, ia akan menempatkan lebih daripada 100 kedai, bar dan restoran serta apartmen.

We can’t wait to open our new offices in the iconic Battersea Power Station for so many of our team members in London early next year. It's a tribute to this incredible city and a reflection of our commitment to Apple's future in the UK. pic.twitter.com/67M3qpaSTB

— Tim Cook (@tim_cook) September 26, 2022

Bangunan milik syarikat Malaysia ini telah diumumkan Apple akan menempatkan pejabat baharu Apple, disebut Tim Cook sebagai Apple’s London Campus.

Pejabat Apple ini akan menempatkan sekitar 1,400 kakitangan dan dibuka pada tahun depan. Ia mempunyai 6 tingkat dan meliputi 500,000 kaki persegi.

Ia akan dibuka pada awam mulai 14 Oktober 2022.

Berkaitan

  • Stesen Pengecas Kereta Elektrik Berkuasa Tinggi Pertama Di Asia Tenggara Dibuka Di Tangkak
  • Kulim Jadi Kilang Pertama Porsche Luar Eropah, Cayenne Dipasang 100% Anak Tempatan
  • Ismail Sabri Jemput Tesla Labur Dan Hasilkan Kereta Elektrik Di Malaysia
  • Tak Perlu Tesla, Ini 10 Syarikat Antarabangsa Lain Yang Melabur Di Malaysia
  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14

Pembangunan semula kawasan 42 ekar ini juga bercita-cita untuk mencipta komuniti baharu dengan kedai, kafe, restoran, kawasan kediaman, tempat kebudayaan dan ruang terbuka bagi penduduk di sana.

Sebagai tambahan, Pink Floyd juga menjadikan imej stesen kuasa Battersea ini sebagai salah satu kulit album mereka pada 1977 iaitu Animals.

Sumber: The Edge Markets, Battersea Power Station, Sime Darby

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY