Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone x usb-c

Apple Mungkin Akan Mengalah, Barangkali USB-C Akan Hadir Pada iPhone 2023

Diterbitkan Mei 12, 2022 oleh ariff bukhari

Menurut analisis terbaru oleh  penganalisis terkenal produk-produk Apple, Ming-Chi Kuo menyatakan bahawa Apple berkemungkinan akan beralah dan akhirnya akan menggunakan sambungan USB-C pada iPhone mereka dalam tahun 2023 nanti.

Malah sambungan USB-C juga dijangka akan dapat meningkatkan prestasi pengecasan dan pemindahan data berbanding sambungan Lightning yang masih kekal digunakan pada model iPhone sehingga kini.

(1/2)
My latest survey indicates that 2H23 new iPhone will abandon Lightning port and switch to USB-C port. USB-C could improve iPhone's transfer and charging speed in hardware designs, but the final spec details still depend on iOS support.

— 郭明錤 (Ming-Chi Kuo) (@mingchikuo) May 11, 2022

Apple sebelum ini dalam tahun 2019 dahulu telah menegaskan bahawa mereka membangkang penetapan penggunaan USB-C seperti yang dicadangkan oleh Parlimen Eropah kerana mereka berpendapat ia akan menyekat inovasi dan membazirkan kabel lightning yang selama ini dimiliki pengguna.

Sekaligus tidak baik kepada alam sekitar dan tidak perlu menggangu pengguna untuk perkara yang tidak sepatutnya.

Kesemua model iPhone sehingga kini masih menggunakan sambungan Lightning. Tetapi untuk produk mereka yang lain termasuklah barisan komputer riba Macbook dan iPad terbaru telah pun mula menggunakan sambungan USB-C.

Jadi adalah tidak mustahil Apple mengalah dan akhirnya beralih dari Lightning kepada USB-C untuk model-model iPhone mereka pada masa hadapan.

Sumber: European Commision, CNET

Baca juga:

  • Ini Cadangan Kesatuan Eropah Untuk Seragamkan Pengecasan Peranti
  • Mungkin Selepas Ini Semua Peranti Guna USB-C, Termasuk iPhone
  • iPhone 13 Mungkin Akan Hadir Dengan Imbasan Cap Jari Pada Skrin

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY