Dengan itu, Kesatuan Eropah mengambil inisiatif untuk mengurangkan sisa buangan elektronik dengan mencadangkan untuk kesemua pengeluar peranti untuk menggunakan USB-C untuk pengecasan peranti mereka.
Hal ini dilihat dapat menguntungkan pengguna di serata dunia kerana kebanyakan barangan elektronik sekarang menggunakan USB-C seperti telefon pintar, tablet, fon kepala, pencukur elektronik serta peranti pintar lain.
Antara cadangan yang dikemukakan Suruhanjaya Eropah adalah:
- Menyeragamkan port pengecasan untuk barangan elektronik dengan menggunakan USB-C.
- Teknologi pengecasan pentas yang selaras untuk mengelakkan pengeluar peranti mengehadkan kelajuan pengecasan. Ini membenarkan pengguna menggunakan sebarang pengecas pada mana-mana peranti pada kelajuan yang sama.
- Mengasingkan pengecasan daripada penjualan peranti. Dengan ini, pengguna akan membeli peranti tanpa pengecas dan menggunakan pengecas mereka sendiri yang sedia ada bagi mengurangkan sisa elektronik akibat lebihan pengecas. Pengurangan pembuatan dan pembuangan pengecas dapat membantu mengurangkan sisa elektronik.
- Maklumat yang ditambah baik untuk pengguna. Pengeluar perlu menyediakan maklumat berkenaan sokongan pengecasan pantas dan prestasi pengecas serta kuasa yang diperlukan peranti.
Jika Parlimen Eropah (European Parliament) menerima cadangan ini sebagai undang-undang, kesemua pengeluar mempunyai 24 bulan untuk bersedia mematuhinya.
Akan tetapi, terdapat ura-ura bahawa Apple akan membuang port pengecasan fizikal dan hanya menyokong pengecasan tanpa wayar untuk mengelak cadangan EC tersebut walaupun sudah menyertakan USB-C pada iPad Pro dan MacBook.

Antara alasan pengeluar seperti Apple yang membangkang cadangan tersebut sejak dahulu kerana mereka berpendapat ia akan menyekat inovasi dan membazirkan kabel lightning yang selama ini dimiliki pengguna namun EU berkata mereka terbuka untuk menyeragamkan piawaian baru pada masa akan datang jika terdapat alternatif yang lebih baik.
Menurut penganalisis Ming-Chi Kuo, iPhone akan menyokong pengecasan tanpa wayar MagSafe tanpa sebarang port pengecasan fizikal kerana ia akan menjejaskan keuntungan daripada penjualan kabel lightning serta tahap kalis air pada USB-C yang lebih rendah berbanding lightning dan MagSafe
Sumber: EC
Baca juga:
- Mungkin Selepas Ini Semua Peranti Guna USB-C, Termasuk iPhone
- iPhone 13 Mungkin Akan Hadir Dengan Imbasan Cap Jari Pada Skrin
- Google Disiasat Kesatuan Eropah Berkaitan Monopoli Iklan Dalam Talian
- Apple Mungkin Akan Dipaksa Menggunakan Sambungan USB-C Pada Model iPhone Akan Datang
Berkaitan
- Selepas USB-C, EU Mungkin Akan Kembalikan Bateri Boleh Tanggal
- Apple Tekankan Aplikasi 'Sideload' Berbahaya Dan Tak Akan Tunduk Pada Kesatuan Eropah (EU)
- Apple Store Di Kuala Lumpur Akan Dibuka? Dilaporkan Foto Tunjuk Kerja-Kerja Pembinaan Sedang Berjalan
- Apple iPhone SE Dijana Bionic A15, Sokong 5G Dan Dijual Serendah RM2,099 Untuk 64GB
- U Mobile Ada Pakej Baharu, Beli Telefon Tanpa Bayaran Pendahuluan
- Gaji Tak Naik Macam Dijanji, Pekerja Apple Tubuh Persatuan Guna Telefon Android
- Apple Dilapor Patenkan 'Seat Belt Buckle' Yang Bernyala Apabila Tidak Dipakai
- Pengasas Telegram Dedah Punca Apple Lambat Lepaskan Kemas Kini Aplikasi Itu
- Takut Dibawa Ke Mahkamah Oleh Qualcomm Lagi, Apple Buat Rayuan Tapi 'Kalah'
- 'Trade-in' Nintendo Switch Untuk Mi Dan Roti, Penduduk Marah Kerajaan China Kerana Dikurung Tanpa Bekalan Makanan