Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Mula Hantar Jemputan Media Untuk Satu Majlis 30 Oktober Ini

Apple Mula Hantar Jemputan Media Untuk Satu Majlis 30 Oktober Ini

Diterbitkan Oktober 19, 2018 oleh Haikel Areff

Selepas melancarkan tiga model iPhone sekaligus pada bulan lepas, Apple sekali lagi akan mengadakan satu majlis khas pada 30 Oktober ini. Walaupun Apple masih merahsiakan mengenai tujuan majlis itu diadakan, banyak “cakap-cakap” yang mengatakan ia adalah untuk pelancaran iPad Pro dan Macbook baharu.

Apple Mula Hantar Jemputan Media Untuk Satu Majlis 30 Oktober Ini
Kredit: CNET

iPad Pro merupakan satu lagi peranti Apple yang ditunggu-tunggu oleh peminat mereka di seluruh dunia tahun ini. Tablet tersebut dijangka akan membawa beberapa ciri iPhone X seperti tiada butang Home dan bingkai yang lebih nipis.

Apple Mula Hantar Jemputan Media Untuk Satu Majlis 30 Oktober Ini
Kredit: CNET

Selain iPad Pro, Apple juga mungkin akan memperkenalkan barisan baru dalam siri Macbook mereka. Antara yang hangat dikatakan ialah sebuah model Macbook Air baharu yang menggunakan paparan Retina dengan harga lebih mampu milik.

Apple Mula Hantar Jemputan Media Untuk Satu Majlis 30 Oktober Ini
Kredit: CNET

Tambahan lagi, ada juga kemungkinan peranti Mac Mini baharu akan dilancarkan semasa majlis itu nanti. Mac Mini yang kali terakhir menerima kemaskini pada tahun 2014 itu barangkali bakal digantikan dengan model baru tahun ini.

Apa-apa pun, kita perlu menunggu pengumuman lanjut mengenai perkara ini daripada Apple bagi mendapat berita yang benar-benar sahih. Memandangkan tarikh itu cuma berbaki kurang dua minggu dari sekarang, kita mungkin akan mendengar maklum balas dari Apple dalam masa terdekat.

 

Sumber : BGR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY