Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Maps_pedestrian

Apple Maps Mulakan Rakaman Imej Di Malaysia Dengan Sistem Beg Galas

Diterbitkan Oktober 18, 2024 · Dikemas kini Oktober 18, 2024 oleh Amalina Athman

Apple pada November tahun lalu telah menjalankan pengumpulan data menggunakan kenderaan yang berjenama “Apple Maps” di Malaysia. Kenderaan tersebut mengumpul jejak GPS, pengimejan pegun 2D dan LiDar.

Terbaharu, Apple kini memulakan pengumpulan jenis data yang sama di kawasan pejalan kaki terpilih – contohnya jalan-jalan tertentu di Kuala Lumpur yang tidak boleh dimasuki oleh kenderaan, dengan menggunakan sistem pengumpulan mudah alih atau “pejalan kaki”.

Menurut Apple, sesetengah tinjauan pejalan kaki menggunakan sistem beg galas untuk mengumpul data yang boleh digunakan secara langsung dalam Apple Maps, seperti dalam ciri Look Around.

Sementara tinjauan pejalan kaki lain menggunakan iPad, iPhone atau peranti lain untuk mengumpul data bagi tujuan penambahbaikan peta.

Walau bagaimanapun, Apple berkata pihaknya komited melindungi privasi pengguna. Sebagai contoh, muka dan nombor plat pada imej akan dikaburkan sebelum penerbitan sebarang bentuk pengimejan dalam ciri Look Around.

Apple Maps_pedestrian 2

Tinjauan ini akan dijalankan bermula hari ini, 18 Oktober hingga 31 Disember 2024, yang meliputi kawasan di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, Johor dan Pulau Pinang.

Berkaitan

  • Rakaman Gambar Jalan Malaysia Untuk 'Apple Maps Look Around' Bermula Esok
  • Apple Maps Kini Tersedia Untuk Versi Web
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Belanjawan 2025: RM120 Juta Peruntukan Untuk Tambah Baik Capaian Internet Di IPTA

Sumber: Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY