Apple Lawan Saman Epic Games, Mengatakan Kaedah Digunakan Epic Games Ibarat 'Mencuri'

Epic Games, iaitu pembangun permainan Fortnite sebelum ini telah menyaman Apple disebabkan syarikat Cupertino itu membuang Fortnite daripada App Store di iOS.

Ini adalah disebabkan Epic Games secara senyap-senyap memperkenalkan pembayaran aplikasi alternatif lebih murah bertujuan mengelak untuk membayar cukai App Store Apple sebanyak 30%.

Apple says the example here, showing <em>Fortnite</em>'s alternative payment scheme on iOS, amounts to "theft" by Epic Games.

Hari ini, Apple secara mengejut melawan sama kepada Epic Games. Ia adalah disebabkan Epic Games yang melanggar kontrak dan tidak amanah kerana memperkenalkan pembayaran alternatif.

Apple juga menambah Epic Games diibaratkan seperti Robin Hood moden yang mahu keuntungan, tapi tidak mahu membayar nilai yang sepatutnya.

Secara ringkasnya, pembayaran alternatif yang diperkenalkan oleh Epic Games dalam Fornite adalah sama sahaja seperti 'mencuri'.

Sebagai defensif, Apple mengatakan 30% cukai itu adalah termasuk juga bayaran keselamatan dan privasi, teknologi, dan sebagainya untuk platform iOS.

Jadi secara tidak langsung, mana mungkin Epic Games boleh mengelak dari membayar cukai tersebut sedangkan ia adalah platform dari Apple.

Sejak dari tahun 2008, iaitu tahun pertama Epic Games bersetuju dengan kontrak pembangunan untuk akses iOS, ia telah mengaut keuntungan sebanyak $600.

Melalui: Ars Technica