Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple iOS 17.6.1

Apple Keluarkan Semula Kemas Kini iOS 17.6.1

Diterbitkan Ogos 20, 2024 · Dikemas kini Ogos 20, 2024 oleh Amalina Athman

Apple hari ini mengeluarkan versi baharu iOS 17.6.1. Keluaran semula ini membawa nombor binaan baharu, 21G101, berbanding versi asal dengan 21G93.

Untuk rekod, Apple telah pun mengeluarkan iOS 17.6.1 versi asal pada 8 Ogos 2024. Ia hadir dengan pembetulan pepijat penting serta menangani isu yang boleh menghalang pengguna untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan ciri Perlindungan Data Lanjutan.

Bagaimanapun, tidak jelas perbezaan antara versi baharu dan versi asal. Apple melalui laman sokongan keselamatan juga tidak menyenaraikan versi baharu itu. Sebaliknya, ia hanya disenaraikan di laman pembangun.

Apple iOS 17.6.1

Jarang sekali syarikat mengeluarkan keluaran semula kemas kini perisian bernombor yang sama. Tambahan pula, keluaran ini berlaku hampir dua minggu selepas versi pertama dilancarkan.

Pencipta kandungan, Aaron Zollo, mengatakan pengguna tidak akan melihat versi baharu di bahagian tetapan peranti atau Mac dan PC sekiranya telah mengemas kini iOS 17.6.1 versi asal sebelum ini.

Some explanation on iOS 17.6.1 Re-Release

If you have iOS 17.6.1 already you will not have the update by checking software update. You also will not see an update on Mac or PC
The IPSW file from Apple will work if you download it and install that way pic.twitter.com/3VtyiEI5lE

— Aaron Zollo (@zollotech) August 19, 2024

Clarification on today’s iOS 17.6.1 release:

21G101 is available OTA for iOS 12 and older, as well as iOS 16. If you are on another version, you will need to use an IPSW.

Change log:

This update fixes an issue that may prevent access to Apple Fitness+.

— Aaron (@aaronp613) August 19, 2024

Kemungkinan keluaran semula ini hanya membawa pembetulan pepijat kecil yang tidak semestinya memberi kesan kepada semua pengguna. Walau bagaimanapun, tiada kata rasmi daripada Apple mengenai versi baharu 17.6.1 ini.

Berkaitan

  • Ini Senarai Penuh Model iPhone Yang Akan Terima iOS 18
  • Apple Lancar iOS 18.1 Developer Beta, Dah Boleh Cuba Apple Intelligence
  • Kemas Kini iOS 17.6.1 Dilepaskan Dengan Pembetulan Pepijat
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini

Rujukan: 9to5Mac, Aaron Zollo

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY