Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Keluarkan iOS 17.5.1 Bagi Tangani Isu Gambar Lama Muncul Semula

Apple Keluarkan iOS 17.5.1 Bagi Tangani Isu Gambar Lama Muncul Semula

Diterbitkan Mei 21, 2024 ยท Dikemas kini Mei 21, 2024 oleh Amalina Athman

Apple hari ini mengeluarkan iOS 17.5.1, yang mana hadir seminggu selepas iOS 17.5 tersedia kepada umum.

Berkaitan

  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • iOS 17.5 Tersedia Dengan Pengesanan Penjejak Merentas Platform, 15 Tampalan Keselamatan
  • iOS 17.5 Didakwa Sebabkan Gambar Lama Yang Dipadam Muncul Semula

Menurut Apple, kemas kini iOS 17.5.1 memberikan pembetulan pepijat penting dan menyelesaikan isu “jarang berlaku” yang boleh menyebabkan gambar lama muncul semula dalam Photos walaupun jika ia dipadamkan.

iOS 17.5.1

Ia susulan beberapa aduan daripada pengguna iPhone sebelum ini yang melihat foto lama yang dipadamkan beberapa tahun lalu muncul semula selepas memasang kemas kini iOS 17.5.

Dengan kemas kini iOS 17.5.1, Apple secara tidak langsung mengakui isu tersebut dan menunjukkan ia berpunca daripada masalah kerosakan pangkalan data.

iOS 17.5.1 tersedia secara OTA dan boleh dikemas kini melalui Settings > General > Software Update > Update Now. Selain iOS 17.5.1, iPadOS 17.5.1 juga tersedia untuk kemas kini.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY