Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Hentikan Sementara Kemas Kini iPadOS 18 Untuk iPad Pro M4

Apple Hentikan Sementara Kemas Kini iPadOS 18 Untuk iPad Pro M4

Diterbitkan September 18, 2024 · Dikemas kini September 18, 2024 oleh ariff bukhari

Apple telah menghentikan pengedaran iPadOS 18 kepada model iPad Pro yang dilengkapi dengan cip M4, selepas pengguna melaporkan kemas kini itu menyebabkan peranti mereka itu tergendala.

Apple mengeluarkan iPadOS 18 bersama kemas kini sistem pengendalian utamanya yang lain pada hari Isnin minggu ini, tetapi nampaknya menyebabkan isu untuk model iPad tersebut.

Sebilangan pengguna di Reddit telah mendakwa bahawa kemas kini kepada iPadOS 18 merosakkan iPad Pro dengan M4.

Walaupun beberapa laporan bermula sejak proses ujian beta lagi, isu itu menjadi lebih luas selepas dilepaskan kepada semua.

Apple dalam satu kenyataan yang telah diberikan kepada AppleInsider mengatakan,

“Kami telah mengalih keluar kemas kini iPadOS 18 buat sementara waktu untuk model iPad Pro M4 semasa kami berusaha untuk menyelesaikan isu yang memberi kesan kepada sebilangan kecil peranti.”

Apple menerusi iPad OS 18 pada Oktober ini akan mula memperkenalkan kecerdasan buatan mereka, ‘Apple Intelligence‘ kepada iPad dengan cip M1 dan lebih baharu.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Dapat iPhone 16 Kedua Dengan Hanya RM1, Ini Caranya

Sumber: Apple Insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY