Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Hadkan Tetapan AirDrop Dalam Kemas Kini iOS 16.2 Akan Datang

Apple Hadkan Tetapan AirDrop Dalam Kemas Kini iOS 16.2 Akan Datang

Diterbitkan Disember 8, 2022 oleh Amalina Athman

Apple hari ini telah melepaskan Release Candidate (RC) untuk versi iOS 16.2 dan iPadOS 16.2 akan datang, yang bermakna versi umum bakal dilepaskan tidak lama lagi.

Melalui iOS 16.2, Apple bakal memperluas had bagi tetapan AirDrop secara global, yang sebelum ini hanya diperkenalkan di China dengan pelancaran iOS 16.1.1. Melangkah ke hadapan, AirDrop dengan pilihan tetapan “Everyone” akan dihadkan kepada 10 minit.

Berkaitan

  • Tetapan AirDrop Dengan Had Masa 10 Minit Akan Diperluas Secara Global
  • Dijangka Ini 5 Ciri Baru Dalam iOS 16.2, Tapi Mungkin Hanya 1 Yang Menarik Perhatian Anda
  • Apple Perkenal Ciri Karaoke Apple Music Sing
  • Apple Sekali Lagi Menerajui Perlindungan Data Pengguna, Perkenalkan 3 Ciri Baharu

Ketika ini, AirDrop mempunyai tiga pilihan tetapan, iaitu “Receiving Off”, “Contacts Only” dan “Everyone”. Bagi pilihan “Everyone”, ia membolehkan pengguna menerima fail dan foto daripada semua pengguna iPhone lain yang berada dalam jarak dekat dengan menggunakan AirDrop.

Apple Hadkan Tetapan AirDrop Dalam Kemas Kini iOS 16.2 Akan Datang
Tetapan AirDrop ketika ini
Apple Hadkan Tetapan AirDrop Dalam Kemas Kini iOS 16.2 Akan Datang
Tetapan AirDrop dalam iOS 16.2

Bagaimanapun, dalam iOS 16.2, pilihan bagi “Everyone” akan bertukar kepada “Everyone for 10 Minutes”.

Dengan perubahan itu kelak, pengguna masih dibenarkan menerima kandungan daripada iPhone lain, namun ia akan dimatikan selepas tempoh 10 minit dan akan ditukarkan semula kepada “Contacts Only”.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • China Berjaya Sambungkan Loji Simpanan Tenaga Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
©2026 WISER.MY