Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tetapan AirDrop Dengan Had Masa 10 Minit Akan Diperluas Secara Global

Tetapan AirDrop Dengan Had Masa 10 Minit Akan Diperluas Secara Global

Diterbitkan November 11, 2022 oleh Amalina Athman

Melalui kemas kini iOS 16.1.1 dan iOS 16.2 beta, Apple telah menambah pilihan “Everyone for 10 Minutes” bagi tetapan AirDrop di China, yang mengehadkan tempoh masa untuk pengguna iPhone menerima fail daripada orang yang tidak dikenali.

Dilaporkan, tetapan itu ditambah selepas penunjuk perasaan di negara itu menggunakan AirDrop untuk menyebarkan bahan anti-kerajaan.

Berkaitan

  • Apple Lebih Bernilai Dari 3 Syarikat Gergasi Dunia Ini Buat Masa Sekarang
  • Kemas Kini iOS 16.1.1 Dilepaskan Dengan Pembetulan Pepijat
  • Apple Labur Lebih RM2.1 Bilion Untuk Ciri Satelit SOS iPhone 14 Dan iPhone 14 Pro

Seperti diketahui, AirDrop biasanya mempunyai tiga pilihan tetapan, termasuk “Receiving Off”, “Contacts Only” dan “Everyone”. Apabila tetapan “Everyone” dipilih, mana-mana pengguna iPhone lain yang berdekatan boleh cuba menghantar fail melalui AirDrop, di mana satu notifikasi akan dipaparkan pada skrin dengan pilihan untuk menerima atau menolak pemindahan fail, tanpa had masa.

Tetapan AirDrop Dengan Had Masa 10 Minit Akan Diperluas Secara Global
Kredit: Bloomberg

Di China, Apple telah menggantikan pilihan “Everyone” kepada “Everyone in 10 Minutes” yang mempunyai had masa 10 minit. Selepas tamat tempoh tersebut, AirDrop secara automatik akan bertukar kepada tetapan “Contacts Only”.

Menurut Mark Gurman dari Bloomberg, Apple merancang untuk memperluas tetapan AirDrop dengan had masa secara global pada tahun depan.

Mengimbas kembali, sejak ciri itu diperkenalkan pada 2011, sebilangan pengguna iPhone telah menerima gambar yang tidak sepatutnya atau dijadikan bahan prank oleh orang yang tidak dikenali melalui AirDrop, terutamanya di kawasan sesak seperti pusat beli-belah dan sebagainya.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • China Berjaya Sambungkan Loji Simpanan Tenaga Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
©2026 WISER.MY