Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Disaman Untuk Teknologi FaceTime Yang Dikatakan Melanggar Paten Harta Intelek Uniloc

Apple Disaman Untuk Teknologi FaceTime Yang Dikatakan Melanggar Paten Harta Intelek Uniloc

Diterbitkan Oktober 22, 2018 oleh Wiser MY

Uniloc kini kembali dan kali ini, wang Apple pula yang menjadi sasaran mereka. Uniloc, sebuah syarikat keselamatan PC yang diasaskan di Australia. Mereka memang terkenal sebagai syarikat yang akan menyaman syarikat-syarikat lain yang melibatkan pelanggaran harta intelek. Disebabkan itu, mereka digelar “patent troll”.

AppleInsider melaporkan yang Uniloc telah memfailkan permintaan untuk perbicaraan bagi menyaman Apple atas pelanggaran hak harta intelek. Pelanggaran harta intelek ini berkenaan paten ‘522 yang dibangunkan oleh Hewlett-Packard Development Company pada tahun 2013 yang membolehkan peranti berkomunikasi dengan pelayan melalui rangkaian Wi-Fi, 3G atau LTE.

Paten ‘522 telah berpindah tangan beberapa kali sehinggalah Uniloc mendapatkannya melalui kerjasama bersama Hewlett-Packard.

Saman tersebut mengatakan peranti yang terlibat dengan paten tersebut adalah iPhone 4 dan keatas, iPad 2 dan keatas, iPad Mini, iPod Touch generasi ke-4 dan keatas dan juga MacBook yang menggunakan OS X dan keatas.

Tiada nilai saman yang dinyatakan dan Uniloc menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan nilai keseluruhan yang layak mereka terima.

Sebelum ini, Uniloc telah memfailkan 2 saman berasingan terhadap Apple melibatkan teknologi AirDrop dan juga pemantauan rangkaian yang dikatakan melanggar paten harta intelek yang dipegang oleh Philips dan HP.

Uniloc merupakan organisasi yang aktif memfaikan saman di Amerika Syarikat terhadap syarikat-syarikat teknologi seperti Activision, Blizzard Electronic Arts, Sony dan Microsoft.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Mula Kurangkan Sokongan Ke Atas Aplikasi 32-bit Dalam Windows Server
  • Pam Susu Wearable Anker eufy Kini Dijual Di Farmasi Terpilih, Harga Dari RM799
  • XPENG Perkenal IRON, Akan Mula 'Bekerja' Di Bilik Pameran Kenderaan Pada 2027
  • WhatsApp Uji Ciri 'View Once' Untuk Mesej Teks, Sebilangan Pengguna Kini Mula Menerimanya
  • Harman Kardon Lancar 2 Model Pembesar Suara Baharu, Harga Dari RM1,099
  • Kajian: 83% Rakyat Malaysia Berdepan Scam Dalam Setahun, 14% Alami Kerugian Wang
  • Acer Malaysia Lancar Penapis Udara Mesra Haiwan Peliharaan Dan Kipas Pintar
  • The Transformers: The Movie Akan Ditayangkan Secara Percuma Di YouTube 27 Nov Ini
©2026 WISER.MY