Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Magic Mouse_

Apple Dilapor Sedang Bangunkan Magic Mouse Baharu

Diterbitkan Disember 16, 2024 · Dikemas kini Disember 16, 2024 oleh Amalina Athman

Apple sedang membangunkan Magic Mouse baharu yang direka semula sepenuhnya bagi menangani pelbagai aduan dan kritikan terhadap model sedia ada, lapor Mark Gurman dari Bloomberg.

Dalam surat berita Power On, Gurman berkata Apple sedang membangunkan versi prototaip sejak beberapa bulan kebelakangan ini, untuk menghasilkan “pembaharuan menyeluruh” pada Magic Mouse dengan reka bentuk yang “lebih sesuai dengan era moden”.

Apple sedang berusaha untuk mencipta sesuatu yang lebih relevan, sambil menyelesaikan aduan yang berlarutan — ya, termasuk isu port pengecasan.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Apple telah membuat beberapa penambahbaikan pada Magic Mouse, tetapi hanya perubahan kecil. Ia menukar bateri AA kepada sistem pengecasan semula, menggantikan binaan yang lebih ringan dengan gelongsor lebih lancar, serta baru-baru ini telah beralih dari Lightning kepada port USB-C.

Sepanjang tempoh 15 tahun yang lalu, Apple tidak pernah menyelesaikan kritikan utama mengenai reka bentuk tetikus itu. Sejak awal lagi, ramai pengguna mengatakan bahawa tetikus itu tidak ergonomik dan tidak selesa digunakan.

Isu yang lebih besar pula adalah lokasi port pengecasan yang terletak di bahagian bawah tetikus, menyebabkan ia tidak boleh digunakan semasa sedang dicas.

Dengan Magic Mouse baharu kelak, semua isu tersebut mungkin bakal berakhir. Walau bagaimanapun, Gurman tidak menjangkakan Magic Mouse baharu itu akan diperkenalkan dalam tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang.

Berkaitan

  • Apple Perkenal Magic Mouse USB-C, Tapi Port Pengecasan Masih Di Bawah
  • Ini 7 Naik Taraf Baharu Pada HONOR X9c 5G Tapi Harga Masih Sama Macam Dulu
  • Selain Apple Intelligence, Ini Yang Baharu Dalam iOS 18.2
  • Ini Aplikasi Dan Permainan Terbaik 2024 Yang Diktiraf Apple App Store

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY