Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ini Aplikasi Dan Permainan Terbaik 2024 Yang Diktiraf Apple App Store

Posted on Disember 12, 2024

Setiap tahun, App Store Awards mengiktiraf aplikasi dan permainan terbaik serta paling berimpak di seluruh dunia. Dengan begitu banyak inovasi di App Store, memilih hanya beberapa pemenang adalah tugas yang mencabar. Seperti biasa penghormatan akan diberikan kepada para pemenang dan finalis pada setiap kategori.

iPhone App of the Year

  • Pemenang: Kino (Lux Optics Incorporated)
  • Finalis: Runna, Tripsy

iPad App of the Year

  • Pemenang: Moises (Moises Systems, Inc.)
  • Finalis: Bluey: Let’s Play!, Procreate Dreams

Mac App of the Year

  • Pemenang: Adobe Lightroom (Adobe Inc.)
  • Finalis: OmniFocus 4, Shapr3D

Apple Vision Pro App of the Year

  • Pemenang: What If…? An Immersive Story (Disney)
  • Finalis: JigSpace, NBA

Apple Watch App of the Year

  • Pemenang: Lumy (Raja V)
  • Finalis: LookUp, Watch to 5K

Apple TV App of the Year

  • Pemenang: F1 TV (Formula One Digital Media Limited)
  • Finalis: Dropout, Zoom

Sementara itu, AFK Journey (Farlight Games) dinobatkan sebagai iPhone Game of the Year, menewaskan The WereCleaner dan Zenless Zone Zero.

Bagi iPad Game of the Year, Squad Busters (Supercell) muncul sebagai pemenang, manakala Assassin’s Creed Mirage dan Disney Speedstorm turut dicalonkan.

Mac Game of the Year pula dimenangi oleh Thank Goodness You’re Here! (Panic, Inc.), dengan Frostpunk 2 dan Stray sebagai finalis.

Dalam kategori Apple Vision Pro Game of the Year, Thrasher (Puddle, LLC) terpilih sebagai pemenang, menewaskan Loóna dan Vacation Simulator yang juga tercalon.

Selain itu, terdapat kategori Kesan Budaya yang mengiktiraf aplikasi yang memberi impak mendalam kepada masyarakat melalui cerita yang berani dan berharga.

DailyArt, Do You Really Want to Know 2, EF Hello, NYT Games, Oko, dan The Wreck dipilih sebagai pemenang, manakala aplikasi seperti Arco, BetterSleep, Brawl Stars, Partiful, Pinterest, dan The Bear tersenarai sebagai finalis.

Akhir sekali, Apple Arcade Game of the Year dimenangi oleh Balatro+ (Playstack Ltd), mengatasi Outlanders 2 dan Sonic Dream Team yang turut dicalonkan.

Dengan segala inovasi dan kreativiti yang dipamerkan dalam App Store Awards 2024 tahun ini, App Store Awards terus menjadi pentas untuk meraikan kecemerlangan dunia digital.

{suggest}

Sumber: Apple Developer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress