Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple India

Apple Dilapor Dalam Perancangan Pindahkan Beberapa Pengeluaran iPad Ke India

Diterbitkan Disember 6, 2022 · Dikemas kini Disember 6, 2022 oleh Amalina Athman

Apple kini dilapor sedang mempertimbang untuk memindahkan beberapa pengeluaran iPad ke India kerana boleh mengurangkan pergantungan terhadap kilang di China.

Menurut CNBC, gergasi teknologi itu dikatakan telah mengadakan perbincangan berterusan dengan pegawai kerajaan di sana, namun terdapat beberapa halangan untuk diatasi, yang mana antaranya termasuk kepakaran pembuatan.

Berkaitan

  • Vietnam Dilapor Jadi Pengeluar Apple Watch Dan MacBook
  • Kuo: Apple Mungkin Akan Memperluas Pengeluaran MacBook Ke Thailand
  • Kebergantungan Pemasangan Sebilangan Besar Produk Di China Mungkin 'Menjerat' Apple
  • Kuo: Protes Di Kilang Foxconn, Penghantaran iPhone 14 Pro Dijangka Jauh Lebih Rendah

Buat masa ini, belum ada rancangan konkrit yang telah dibuat. Akan tetapi, jika rancangan ini berjaya, ia akan memperluas jejak Apple di negara itu. Sumber yang bercakap kepada CNBC turut memaklumkan, kekurangan bakat berkemahiran tinggi dan individu yang mempunyai kepakaran dalam membangunkan peranti yang sangat kompleks seperti iPad boleh memperlahankan rancangan tersebut.

Untuk rekod, peralihan beberapa pembuatan ke India telah menjadi rancangan Apple sejak 2017. Syarikat itu bermula dengan mengeluarkan beberapa model iPhone lama seperti iPhone SE di negara itu, dan perlahan-lahan meningkatkan pengeluaran ‌iPhone‌.

Pelancaran model iPhone 14 menandakan kali pertama Apple menggunakan kilang di India untuk pembuatan iPhone versi andalan, dan beberapa model ‌iPhone 14‌ dipasang di India.

Selain Apple, pembekal utama Foxconn juga mula melabur di India, dan Apple dilapor menyasarkan untuk mengeluarkan kira-kira 25% daripada iPhone di India menjelang 2025. Pembekal Apple lain seperti Wistron dan Pegatron telah diperluas ke India untuk membantu Apple mengembangkan pembuatan di luar China sebagai sebahagian daripada matlamat jangka panjang.

Terdahulu, Apple telah dikritik kerana bergantung kepada China, yang menjadi isu utama pada 2022 dengan peningkatan ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China serta sekatan pergerakan COVID-19 yang berterusan di negara itu.

Pada masa ini, model iPhone 14 Pro juga telah menghadapi kekurangan bekalan disebabkan oleh sekatan di kemudahan pembuatan Foxconn yang mengakibatkan rusuhan dan protes pekerja.

Gambar utama: floydsrx

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY