Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kebergantungan Pemasangan Sebilangan Besar Produk Di China Mungkin ‘Menjerat’ Apple

Kebergantungan Pemasangan Sebilangan Besar Produk Di China Mungkin ‘Menjerat’ Apple

Diterbitkan November 8, 2022 oleh Amalina Athman

Seperti diketahui, kebanyakan produk Apple melalui proses pemasangan di China. Bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ia menimbulkan pelbagai isu termasuk masalah rantaian bekalan serta mengurangkan jualan sehingga $8 bilion (~RM37 bilion).

Apple mengatakan bahawa rantaian bekalannya adalah global dan tidak terlalu bergantung kepada China. Realitinya, Apple sangat bergantung kepada negara itu dari segi sektor pembuatan.

Sememangnya Apple sudah menerima banyak komponen dari luar China. Bahagian tertentu dalam iPhone, iPad, Mac dan produk lain dibuat di seluruh dunia, dari Amerika Syarikat (AS) hingga ke India, Vietnam dan Jepun.

Akan tetapi, yang lebih penting dalam pengeluaran ialah proses pemasangan, dikenali dalam bidang pembuatan sebagai FATP, yang bermaksud final assembly (pemasangan akhir), test (ujian) dan pack (pek). Sebilangan besar produk Apple melalui proses itu di China, yang mana biasa kita lihat di MacBook Pro, iPad atau iPhone dengan perkataan “Assembled in China”.

Berkaitan

  • Vietnam Dilapor Jadi Pengeluar Apple Watch Dan MacBook
  • Apple Sahkan Sudah Mula Pengeluaran iPhone 14 Di India
  • Kuo: Apple Mungkin Akan Memperluas Pengeluaran MacBook Ke Thailand
  • Disebabkan Covid-19, Pengeluaran Siri iPhone 14 Pro Kini Agak Perlahan

Pengeluaran iPhone 14 Pro/Pro Max perlahan

Dengan kebergantungan Apple terhadap kilang di China, ia mungkin menjejaskan syarikat itu. Baru-baru ini, kilang telah ditutup dan kos penghantaran juga meningkat. Beberapa wilayah di China, di mana Apple menjalankan pemasangan akhir untuk iPhone, MacBook Pro dan peranti lain telah ditutup.

Apple juga telah mengumumkan pengeluaran iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max mungkin perlahan berikutan kilang pemasangan yang terletak di Zhengzhou, China terpaksa ditutup bagi mengekang penularan Covid-19.

Sekiranya masalah ini berlaku sekali sahaja, ia mungkin boleh diatasi dengan mudah. Namun, strategi pemasangan akhir Apple yang berpangkalan di China telah mengalami masalah selama bertahun-tahun.

Walaupun kesan negatif China yang jelas terhadap keupayaan Apple untuk menghantar produk dan menjana pendapatan, Cook sekali lagi teguh dalam mempertahankan strategi pengeluarannya.

Beralih pemasangan luar China

Syarikat itu tahu mereka perlu beralih daripada mengendalikan semua pemasangan terakhirnya di China dan telah melakukannya secara beransur-ansur.

Mac Pro 2019 mempunyai beberapa pemasangan yang dilakukan di AS. Sementara itu, konfigurasi tertentu Mac Studio baharu telah dipasang di Malaysia. Sesetengah M1 iMac juga dibuat di Ireland dan Thailand, manakala beberapa model AirPods dipasang di Vietnam.

Sebilangan besar pemasangan iPhone masih di negara China

Walaupun begitu, produk berprofil tinggi seperti iPhone, iPad dan Apple Watch kebanyakannya masih dipasang di China. Apple juga telah berusaha untuk memperluas pengeluaran di luar China, termasuk beberapa pemasangan di Brazil bagi model iPhone 13 dan menghasilkan sebilangan unit iPhone di India sejak beberapa tahun yang lalu.

Tetapi, bilangan iPhone yang dipasang di luar China adalah jauh lebih kecil. Apple dilapor hanya menghasilkan 1 juta iPhone di India pada suku pertama 2022, berbanding anggaran jualan 60 juta unit dalam tempoh tersebut.

Tidak diketahui berapa lama lagi Apple akan bergantung kepada kilang pemasangan di China. Cook pernah menyatakan keutamaan untuk pemasangan akhir di China adalah berikutan mengambil kira kos buruh dan kemahiran pembuatan. Berpindah keluar daripada negara itu mungkin boleh menjejaskan keuntungannya. Bagaimanapun, jika berterusan bergantung kepada China sebagai pembekal utama, ia mungkin akan ‘menjerat’ Apple.

Gambar utama: Wealthypipo

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Permainan Telefon Pintar Cara Unik Jepun Selenggara Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
©2026 WISER.MY