Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mac apple

Vietnam Dilapor Jadi Pengeluar Apple Watch Dan MacBook

Diterbitkan Ogos 17, 2022 oleh Amalina Athman

Apple kini dilaporkan dalam proses untuk memindahkan pengeluaran Apple Watch dan Mac ke negara Vietnam buat pertama kalinya, sebagai sebahagian daripada usaha yang lebih meluas untuk mempelbagaikan rantaian bekalannya.

Turut dinyatakan, pembekal Apple iaitu Luxshare dan Foxconn telah memulakan pengeluaran percubaan bagi model Apple Watch dan MacBook di Vietnam.

Berkaitan

  • Tim Cook Jumpa Perdana Menteri Vietnam, Azam Mahu Luaskan Operasi Di Sana
  • Apple Watch SE 2 Kekal Saiz, Series 3 Mungkin Tamat - Gurman
  • Gurman: Apple Mungkin Lancar M2 Pro Dan M2 Max Bermula September Depan

Selain pengeluaran Apple Watch dan MacBook yang mungkin akan berpindah ke Vietnam, laporan Nikkei Asia turut menyatakan bahawa Apple mungkin akan mempertimbangkan untuk memindahkan pengeluaran HomePod ke negara itu.

Pada masa ini, pengeluaran percubaan MacBook di Vietnam dikhabarkan masih berjalan dengan perlahan disebabkan pandemik.

Terdahulu, Vietnam telah pun menjadi tempat pengeluaran beberapa peranti Apple termasuk iPad dan AirPods tertentu.

Sumber: Mac Rumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY