Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Dijangka Lancar MacBook Pro, Mac mini Dengan Cip M2 Pro Pada Bulan Depan

Apple Dijangka Lancar MacBook Pro, Mac mini Dengan Cip M2 Pro Pada Bulan Depan

Diterbitkan Oktober 22, 2022 oleh Amalina Athman

Umum mengetahui, Apple pada minggu ini telah melancarkan iPad Pro baharu dan iPad generasi ke-10 melalui siaran akhbar. Kini, tumpuan beralih kepada Mac, yang mana spekulasi mengatakan Apple merancang untuk pelancaran model MacBook Pro dan Mac mini baharu dengan cip M2 Pro pada November ini.

Berkaitan

  • Vietnam Dilapor Jadi Pengeluar Apple Watch Dan MacBook
  • Kuo: Apple Mungkin Akan Memperluas Pengeluaran MacBook Ke Thailand
  • Apple iPad Gen-10 Turut Diumumkan Dengan Cip A14 Bionic, Port USB-C

Mark Gurman dari Bloomberg berkata versi awal macOS Ventura yang dilancarkan pada 25 Oktober akan menyertakan sokongan untuk model MacBook Pro 14-inci dan 16-inci baharu, yang dijangka akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Tambahnya, model MacBook Pro baharu itu akan tersedia dengan pilihan cip M2 Pro dan M2 Max, namun mungkin terdapat perubahan secara minimum pada laptop tersebut.

Bagi Mac mini, Gurman sebelum ini mendakwa model baharu dengan pilihan cip M2 dan M2 Pro sedang dibangunkan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Apple telah memperkenalkan Mac baharu pada November. Dengan itu, Gurman tidak menolak kemungkinan jika model baharu tahun ini juga akan diumumkan pada bulan yang sama, melalui siaran akhbar di Apple Newsroom.

Gambar utama: MacRumors

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY