Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
warpshare transfer android macos

Aplikasi Ini Bolehkan Anda Hantar Fail Daripada Android Ke macOS

Diterbitkan Ogos 24, 2023 · Dikemas kini Ogos 24, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Perkongsian fail rentas platform antara kecanggihan yang masih belum kita kecapi dalam 2023 ini. Setiap pembangun masih kekal dengan protokol masing-masing walaupun usaha ke arah itu sudah ada.

Misalnya, anda mahu hantar gambar daripada Android atau Windows ke iPhone, terpaksa gunakan platform pemesejan seperti WhatsApp atau Telegram.

warpshare transfer android macos

Namun, ada pihak ketiga yang bangunkan aplikasi bernama WarpShare untuk penghantaran fail daripada Android ke macOS.

Cara Hantar Fail Dengan WarpShare

  1. Muat turun aplikasi WarpShare pada telefon Android – https://github.com/moseoridev/WarpShare/releases/download/v2.0.4/app-release.apk
  2. Usai memasangnya (install), benarkan (allow) semua permission yang diminta lalu hidupkan Bluetooth.
  3. Pada peranti macOS, tetapkan AirDrop anda pada ‘Everyone‘.
  4. Buka WarpShare, pilih nama peranti macOS yang anda mahu hantar fail.
  5. Pilih fail ingin dihantar.
  6. Pada peranti macOS, tekan ‘Accept’.

Selesai.

Untuk makluman, pautan yang sediakan ialah WarpShare versi yang diubah suai. Jika pautan asal daripada pembangunnya, anda harus compile untuk jadikannya dalam bentuk fail .apk.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Pembelian Telefon realme Lebih Berbaloi Di 4 Kedai Ini
  • Apa Yang Diketahui Mengenai iPhone 15 Setakat Ini
  • Galaxy S23 FE Mungkin Hadir Selepas iPhone 15, Ini Spesifikasi Yang Dijangka

Kekurangan WarpShare

  • Hanya sokong penghantaran daripada Android ke macOS, belum menyokong penghantaran fail daripada macOS ke Android.
  • Terhad untuk macOS, tidak menyokong iOS.
  • Antara muka yang terlalu asas.
  • Tidak tersedia di Play Store.
  • Fail terhad sebesar 4.2GB.

Jika anda mahu kemas kini terkini, rajin-rajinlah melawati semula laman GitHub tersebut untuk muat turun versi terkini secara manual.

Sumber: Mishaal Rahman

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY