Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Github

Apple Bangunkan Model AI Untuk Suntingan Imej

Diterbitkan Februari 8, 2024 · Dikemas kini Februari 8, 2024 oleh Amalina Athman

Penyelidik Apple kini telah mengeluarkan model AI berdasarkan sumber terbuka baharu, yang membolehkan suntingan imej melalui prompt atau arahan bahasa semula jadi pengguna – tanpa perlu menggunakan perisian suntingan gambar.

Berkaitan

  • 9 Servis Ini Dijangka Akan Ditawarkan Apabila Apple Store Malaysia Rasmi Dibuka
  • Gurman: iOS 18 Dijangka Terima Kemas Kini Terbesar Dalam Sejarah iPhone
  • 3 Aplikasi Rasmi Apple Ini Kini Tersedia Untuk Pengguna Windows

MGIE atau MLMM-Guided Image Editing menggunakan multimodal large language models (MLLM) untuk mentafsir permintaan pengguna dan melakukan manipulasi tahap piksel.

Model ini mampu menyunting pelbagai aspek imej – termasuk tahap kecerahan, kontras, ketajaman, atau kesan artistik seperti lakaran. Selain itu, pengguna boleh mengubah suai bentuk, saiz, warna atau tekstur objek tertentu dalam imej.

Apple Bangunkan Model AI Untuk Suntingan Imej

Apple Bangunkan Model AI Untuk Suntingan Imej
Apple Bangunkan Model AI Untuk Suntingan Imej

Terdapat juga pengubahsuaian gaya Photoshop seperti crop, resize, rotate, penambahan lapisan serta menukar latar belakang dan menggabungkan imej.

Apple Bangunkan Model AI Untuk Suntingan Imej

Model MGIE dihasilkan dengan kerjasama penyelidik Universiti California, yang dibentangkan dalam kertas kerja di Persidangan Antarabangsa mengenai Perwakilan Pembelajaran (ICLR) 2024.

Apple Bangunkan Model AI Untuk Suntingan Imej
web demo dengan model MGIE

Model ini tersedia di GitHub, dan termasuk kod, data serta model pra-latihan di web Hugging Face Space. Ketika ini, Apple tidak menyatakan rancangannya untuk model itu di luar penyelidikan.

Sumber: MacRumors, VentureBeat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
©2026 WISER.MY