Apple telah menerbitkan kertas putih baharu “Longevity, by Design“, yang mendedahkan bahawa iPhone akan menyokong paparan dan bateri pihak ketiga dengan lebih baik pada lewat tahun ini.
True Tone, ciri yang boleh menyesuaikan warna dan keamatan paparan secara automatik untuk sepadan dengan cahaya persekitaran, biasanya telah dilumpuhkan apabila skrin gantian pihak ketiga dikesan oleh iOS.
Tetapi tidak lama lagi, Apple akan membenarkan pengguna mengaktifkan True Tone pada skrin gantian pihak ketiga “kepada prestasi terbaik yang boleh disediakan”. Pengguna juga boleh menyahaktifkan True Tone jika paparan tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan.
Selain itu, Apple berkata metrik kesihatan bateri seperti kapasiti maksimum dan kiraan kitaran akan berfungsi dengan bateri gantian iPhone pihak ketiga.
Currently, battery health metrics such as maximum capacity and cycle count are not presented to consumers whose devices have third-party batteries. This is because the accuracy of these metrics cannot be verified by Apple. In fact, an Apple internal analysis has found that some third party batteries sold as new are actually secondhand, with battery health metrics manipulated to appear as new. In an effort to improve support for third-party batteries, starting later in 2024, Apple will display battery health metrics with a notification stating that Apple cannot verify the information presented.
Namun begitu, Apple berkata metrik kesihatan bateri pihak ketiga tidak dijamin tepat dan syarikat itu menggalakkan semua pengguna untuk mengesahkan bahawa produk gantian pihak ketiga memenuhi keperluan keselamatan yang ketat.
Dengan mengatakan “bermula kemudian pada 2024”, perubahan ini mungkin dilancarkan melalui kemas kini iOS 18 pada September nanti.
Sumber: The Verge
