Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
RHB Mobile Banking

Aplikasi RHB Mobile Banking Tidak Lagi Sokong Android, iOS Versi Terdahulu Bermula Jun 2026

Diterbitkan Mac 13, 2026 oleh Amsyar Latif

RHB Bank mengumumkan aplikasi RHB Mobile Banking tidak lagi menyokong peranti yang menjalankan Android 10 dan ke bawah serta iOS 15 dan ke bawah bermula 1 Jun 2026.

Menurut RHB, langkah ini diambil bagi memastikan tahap keselamatan perbankan dalam talian sentiasa terjamin, memandangkan sistem operasi lama tidak lagi menerima kemas kini keselamatan daripada pembangun seperti Google dan Apple.

Selepas tarikh tersebut, pengguna dengan peranti yang menjalankan Android 10 atau lebih lama serta iOS 15 atau lebih lama tidak lagi boleh mengakses aplikasi RHB Mobile Banking.

Walaupun pelanggan masih boleh log masuk ke perbankan internet RHB melalui pelayar web, transaksi kewangan tidak dapat dilakukan kerana proses kelulusan memerlukan ciri Secure Plus dalam aplikasi mudah alih.

Bagi memastikan perkhidmatan tidak terganggu, pengguna Android perlu mengemas kini peranti sekurang-kurangnya kepada Android 11 atau lebih baharu, manakala pengguna iPhone perlu menggunakan sekurang-kurangnya iOS 16.

RHB turut menggalakkan pengguna menaik taraf kepada versi lebih baharu seperti Android 13 atau iOS 17 bagi mendapatkan kemas kini keselamatan terkini.

Jika peranti tidak lagi menyokong sistem operasi tersebut, pengguna mungkin perlu mempertimbangkan untuk menaik taraf kepada telefon pintar yang lebih baharu.

Berkaitan

  • Aplikasi MAE Tidak Lagi Sokong iOS Versi Terdahulu Selepas 31 Mac
  • Model Lama Xiaomi Tidak Lagi Sokong Android Auto
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY