Aplikasi Pasca-Bayar MyCelcom Sudah Berada Di PlayStore

September yang lalu, Celcom ada memperkenalkan aplikasi pascabayar tetapi terhad kepada versi beta. Terkini, aplikasi itu dilihat sudah bersedia untuk digunakan umum setelah ia kelihatan berada dalam senarai muat turun PlayStore.

Buat masa sekarang aplikasi tersebut dilabel sebagai 'unreleased' atau 'belum dilancarkan' tetapi pengguna masih boleh memuat turun ia untuk mencubanya. Aplikasi MyCelcom Postpaid membolehkan pengguna untuk melihat status akaun, membayar bil yang tertunggak, dan juga membeli add-ons. Tidak cukup dengan itu, aplikasi itu juga berupaya untuk mengesan kadar penggunaan data internet, panggilan suara, SMS, dan juga penggunaan roaming.

Kapsyen: credit: lowyat.net


Untuk memuat turun aplikasi, anda hanya perlu tekan butang pasang pada aplikasi PlayStore dan tunggu untuk proses pemasangan. Apabila selesai dipasang, aplikasi akan meminta anda untuk memasukkan nombor telefon mudah alih anda dan anda akan menerima nombor TAC untuk tujuan pengesahan.

Walaubagaimanapun, aplikasi ini hanya terhad kepada pengguna Android sahaja. Kepada semua pengguna Celcom FIRST, anda boleh muat turun aplikasi disini.