Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi MAE Kini Berwajah Baharu

Aplikasi MAE Kini Berwajah Baharu

Diterbitkan Mei 29, 2023 · Dikemas kini Mei 29, 2023 oleh Amalina Athman

Maybank hari ini mengumumkan aplikasi MAE telah dikemas kini dengan antara muka dan sejumlah ciri baharu.

Berkaitan

  • Cara Mudah Untuk Perbaharui Kad 'Virtual' MAE
  • Tak Perlu Akaun Maybank, Ini Cara Mudah Buka Akaun Baharu MAE
  • Mulai Julai, Pengesahan Transaksi Secure2u Akan Beralih Sepenuhnya Ke Aplikasi MAE

Dalam kemas kini terbaharu itu, aplikasi MAE menyediakan paparan butiran akaun di halaman utama serta memberikan akses lebih mudah kepada aktiviti perbankan melalui 8 butang ‘Quick Actions’, berbanding sebelumnya dengan hanya 4 butang.

MAE baharu
Baharu
MAE lama
Lama

Selain itu, pengguna juga boleh mengakses tetapan dan notifikasi secara terus melalui paparan utama aplikasi MAE.

MAE new look

Menurut Maybank, antara muka baharu ini telah pun tersedia kepada pengguna Android dan Huawei bermula 28 Mei 2023. Manakala pengguna iOS akan menerima kemas kini MAE dengan fungsi perbankan yang dinaik taraf mulai 30 Mei 2023.

Terdahulu, Maybank turut mengumumkan pengesahan transaksi Secure2u akan beralih sepenuhnya ke aplikasi MAE mulai Julai 2023.

Sumber: Maybank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY