Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tak Perlu Akaun Maybank, Ini Cara Mudah Buka Akaun Baharu MAE

Tak Perlu Akaun Maybank, Ini Cara Mudah Buka Akaun Baharu MAE

Diterbitkan Mei 16, 2023 ยท Dikemas kini Mac 5, 2025 oleh Amalina Athman

Bagi mereka yang tidak mempunyai mana-mana akaun atau ingin membuka akaun di bawah Maybank, bank ini menyediakan cara mudah untuk membuka akaun melalui MAE.

Berbeza dengan CIMB OctoSavers, pembukaan akaun MAE boleh dilakukan tanpa deposit mahupun akaun lain di bawah nama pemohon. Bahasa mudahnya, jika anda tidak memiliki akaun bank atau perbankan dalam talian juga tidak mengapa.

Berkaitan

  • Tak Perlu Ke Bank, Ini Cara Tukar Kad ATM CIMB Melalui Dalam Talian
  • Cara Mudah Untuk Perbaharui Kad 'Virtual' MAE
  • Cara Mudah Buka Akaun CIMB OctoSavers Secara 'Online'

Sebelum memulakannya, sediakan kad pengenalan. Setelah itu, teruskan pembacaan di bawah.

Cara buka akaun MAE

Ikut langkah di bawah untuk membuka akaun baharu MAE, tanpa menggunakan akaun Maybank.

1. Muat turun aplikasi MAE by Maybank2u di Apple App Store atau Google Play Store. Masuk ke aplikasi dan tekan Log In Now > No Account/Apply for MAE account now > Next.

Tak Perlu Akaun Maybank, Ini Cara Mudah Buka Akaun Baharu MAE

2. Masukkan nama penuh dan nombor telefon. Pilih MyKad dan masukkan nombor kad pengenalan.

akaun MAE_2

3. Seterusnya, masukkan alamat rumah dan tekan “Continue”. Pilih pekerjaan, klik “Continue”. Di bahagian pengisytiharan, jawab soalan dan klik “Confirm”.

Tak Perlu Akaun Maybank, Ini Cara Mudah Buka Akaun Baharu MAE

4. Isi alamat e-mel. Anda mempunyai pilihan untuk mengisi kod cawangan Maybank atau tinggalkan kosong. Kemudian, tekan “Continue”.

5. Imbas kad pengenalan dan ambil gambar swafoto. Tips sebelum mengimbas bahagian hadapan dan belakang kad pengenalan, anda perlu mencondongkan sedikit sehingga terlihat hologram bunga raya. Setelah itu, imbas seperti biasa.

akaun MAE_3

6. Seterusnya, tekan “Continue”. Berikan persetujuan/penolakan dan tandakan pada terma dan syarat, tekan “Continue”.

Tak Perlu Akaun Maybank, Ini Cara Mudah Buka Akaun Baharu MAE

7. OTP akan dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan, isi nombor 6-digit OTP. Selepas itu, buat Maybank2u ID, kata laluan dan sahkan kata laluan. Klik “Continue”.

Tak Perlu Akaun Maybank, Ini Cara Mudah Buka Akaun Baharu MAE

8. Akhir sekali, muat naik imej, frasa keselamatan dan jawab tiga soalan keselamatan.

Tak Perlu Akaun Maybank, Ini Cara Mudah Buka Akaun Baharu MAE

Selesai. Akaun MAE anda kini berjaya didaftarkan. Tambah nilai boleh dilakukan segera atau kemudian sahaja.

Tak Perlu Akaun Maybank, Ini Cara Mudah Buka Akaun Baharu MAE

Pengguna kini boleh melakukan transaksi dalam talian, pembayaran DuitNow QR, atau menikmati kelebihan yang lain. Permohonan kad fizikal juga boleh dibuat jika anda memerlukannya atau sebaliknya guna sahaja kad virtual.

Tak Perlu Akaun Maybank, Ini Cara Mudah Buka Akaun Baharu MAE

Untuk makluman, kad virtual MAE juga menyokong ciri pembayaran Apple Pay. Caranya boleh klik di sini.

Itu sahaja tips untuk kali ini. Semoga ia bermanfaat. Seperti biasa, tinggalkan komen di platform media sosial kami jika ada sebarang cadangan atau penambahbaikan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY