Muslim Pro Nafi Penjualan Data, Namun Akui Hubungan Urusniaga Bersama X-Mode

Terkini, pihak pembangun Muslim Pro telah tampil mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan isu penjualan data kepada tentera Amerika Syarikat.

Menurut mereka, laporan mengenai penjualan data tersebut adalah tidak benar dan mereka sangat komited dalam menjaga maklumat dan privasi pengguna mereka.



Sehubungan dengan itu, mereka telah memutuskan hubungan dengan perniagaan bersama X-Mode serta merta. Melalui kenyataan rasmi itu juga, didapati hubungan antara Muslim Pro dan X-Mode telah dimulakan sejak dari 4 minggu lalu.



Yang mana jika anda mahir dalam selok belok dunia IT atau lebih tepat pangkalan data, 4 minggu itu adalah lebih dari cukup untuk mencedok data yang boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan.

Kenyataan rasmi ini tidaklah menafikan 100% isu yang terjadi disebabkan mereka secara tidak langsung mengakui hubungan perniagaan dengan pihak X-Mode.

Untuk makluman, X-Mode merupakan sebuah broker data iaitu syarikat pengumpul dan pembekal data. Jadi penjualan data adalah merupakan salah satu modal bisnes yang dilakukan.

Persoalannya sekarang adalah, mengapa Muslim Pro mahu berurusniaga dengan X-Mode? Jika anda pengguna Muslim Pro dan mahu mencari alternatif aplikasi islamik yang lain, boleh ke senarai kami dalam artikel ini.