Aplikasi Google Docs Kini Melepasi Lebih Satu Bilion Muat Turun Di Play Store

Google Docs merupakan salah satu daripada produk Google yang sangat berguna. Aplikasi ini dilancarkan di Play Store pada 2014.



Pada Oktober 2018, aplikasi Google Docs di Play Store telah mencapai muat turun sebanyak 500 juta. Hanya selepas dua tahun, ia kini telah dimuat turun lebih satu bilion di Play Store dan mampu berdiri sebaris Netflix dan Dropbox yang juga telah melepasi jumlah muat turun yang sama.

Google Docs

Perkara ini mungkin berlaku berikutan lebih ramai pengguna bekerja dan meneruskan pendidikan dari rumah sejak awal 2020. Ditambah pula sebagai perkhidmatan yang boleh digunakan secara percuma, ia menjadikan aplikasi Google Docs lebih banyak dimuat turun oleh pengguna.

Bukan sahaja pada peranti Android, malah di tablet dan juga Chromebook.

Sumber: Android Police