Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jejak Data Pengguna Dalam Mod Incognito, Google Berdepan Saman USD5 Bilion

Jejak Data Pengguna Dalam Mod Incognito, Google Berdepan Saman USD5 Bilion

Diterbitkan Mac 15, 2021 oleh Amalina Athman

Pada Jun lalu, Google telah disaman kerana didakwa secara diam-diam telah menjejak aktiviti pengguna Chrome walaupun mereka menggunakan mod Incognito.

Tuntutan yang difailkan itu mendakwa Google telah mengumpulkan data pengguna melalui Google Analytics, Google Ad Manager dan aplikasi lain serta plug-inĀ laman web, termasuk aplikasi telefon pintar, tanpa mengira sama ada pengguna menekan iklan yang dipaparkan atau sebalikya.

Bagaimanapun, Google telah membuat permohonan untuk menggugurkan tuntutan mahkamah terhadap dakwaan itu.

Terbaru, pihak Mahkamah California kini telah menolak permohonan tersebut, di mana Google serta syarikat induknya, Alphabet bakal berdepan tuntutan yang berjumlah sekurang-kurangnya USD5 bilion.

Google USD5 billion

Google telah menjelaskan mod Incognito tidak bermaksud pihaknya tidak dapat melihat aktiviti pengguna. Tambahnya, setiap kali menggunakan mod Incognito, pengguna telah diberitahu aktiviti mereka mungkin dapat dilihat oleh laman web yang mereka layari.

Akan tetapi, pihak mahkamah mengatakan Google tidak memberitahu pengguna bahawa mereka terlibat dalam pengumpulan data semasa pengguna melayari laman web dalam mod privasi.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY