Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Exynos

Google Kesan 18 Kerentanan Pada Modem Exynos, Sejumlah Peranti Android Mungkin Terjejas

Diterbitkan Mac 17, 2023 ยท Dikemas kini Mac 17, 2023 oleh Amalina Athman

Pada akhir 2022 dan awal 2023, pasukan Google Project Zero telah melaporkan sejumlah 18 kerentanan pada modem Exynos yang dihasilkan oleh Samsung Semiconductor.

Berkaitan

  • Imej Dan Spesifikasi Google Pixel 7a Tertiris Lebih Awal Dari Pelancarannya
  • Ini Senarai 10 Telefon Pintar 'Flagship' Android Paling Berprestasi Bagi Februari 2023 - AnTuTu
  • Versi Android 13 Hanya Dijalankan Oleh 12.4% Telefon Pintar Android Sahaja - AnTuTu

Daripada jumlah itu, 4 kerentanan telah terjejas teruk, yang membolehkan penggodam mengawal peranti dari jauh pada tahap jalur asas tanpa interaksi pengguna dan hanya memerlukan nombor telefon mangsa.

What happens when you get @natashenka, @ifsecure, @_fel1x, @i41nbeer and @tehjh working collaboratively on a new attack surface for the team?

This: https://t.co/u6s6p8eNTr

The blogpost also includes actions that users can take to protect themselves while waiting for patches.

— Tim Willis (@itswillis) March 16, 2023

Pasukan itu turut memberi amaran bahawa penggodam berpengalaman boleh mengeksploitasi isu tersebut “dengan hanya penyelidikan dan pembangunan tambahan yang terhad”.

Peranti yang mungkin berisiko

Berikut merupakan sejumlah peranti menggunakan cip modem Exynos yang mungkin terjejas dengan kerentanan tersebut:

  • Peranti mudah alih daripada Samsung, termasuk yang berada dalam siri S22, M33, M13, M12, A71, A53, A33, A21, A13, A12 dan A04;
  • Peranti mudah alih daripada Vivo, termasuk yang dalam siri S16, S15, S6, X70, X60 dan X30;
  • Siri Pixel 6 dan Pixel 7 daripada Google;
  • sebarang wearable yang menggunakan cipset Exynos W920; dan
  • mana-mana kenderaan yang menggunakan cipset Exynos Auto T5123.

Google memaklumkan tampalan keselamatan mungkin berbeza mengikut pengeluar telefon. Sebagai contoh, peranti Pixel yang terjejas telah mula menerima tampalan keselamatan dalam kemas kini pada Mac 2023.

Matikan panggilan Wi-Fi dan VoLTE

Sementara itu, pengguna yang belum menerima kemas kini keselamatan disarankan untuk mematikan panggilan Wi-Fi dan Voice-over-LTE (VoLTE) dalam tetapan peranti mereka. Dengan cara ini, ia boleh mengelakkan risiko eksploitasi kerentanan berkenaan.

Sumber: Project Zero

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY