Aplikasi Clearview Boleh Dapatkan Maklumat Seperti Nama Dari Rakaman Gambar

Hanya dengan carian rakaman gambar, maklumat anda lebih mudah diperolehi. Kedengaran agak menakutkan untuk kita pengguna biasa, tetapi itulah yang berjaya dilakukan oleh Clearview AI.

Merupakan sebuah start up, Clearview dilaporkan telah berjaya membangunkan sebuah aplikasi yang mendapatkan informasi hanya dari gambar. Menurut laporan dari The New York Times, carian gambar dalam aplikasi itu akan melalui proses perbandingan dengan pangkalan data yang terkandung dengan lebih dari 3 bilion foto.

Kapsyen: Pengasas Clearview, Hoan Ton-That, menguji aplikasi tersebut- Kredit Imej | Amr Alfiky (The New York Times)


Jika carian dalam aplikasi sepadan, ia akan memaparkan dimana gambar-gambar tersebut pertama kali dimuat naik beserta dengan pautan. Walaupun hanya membuat carian dan tidak mendedahkan maklumat peribadi serta akaun sosial, sesetengah berpendapat ia boleh disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Difahamkan lagi, aplikasi ini sudah sedia digunakan oleh pihak FBI dan penguatkuasa di Amerika Syarikat. Kegunaannya ketika ini lebih kepada penyelesaian kes-kes jenayah seperti curi hinggalah pembunuhan. Ia tidak ditawarkan kepada umum, namun pegawai polis dan pelabur di Clearview berfikiran perkara itu akan berlaku pada masa hadapan.

Sumber: The New York Times,Cnet, Clearview AI