iPhone Selamat Walaupun Jatuh 16,000 Kaki Dari Pesawat Boeing 737

Hujung minggu lalu, Pesawat 1282 Penerbangan Alaska telah menjadi tajuk utama media massa selepas bahagian bersaiz pintu pesawat itu diterbangkan semasa penerbangan dari Portland, Oregon, ke Ontario, California.

Insiden itu walaubagaimanapun, tidak membawa kecederaan parah pada penumpang pesaawat Boeing 737 Max 9 itu.

Tetapi lubang itu menyebabkan bahagian tepi pesawat ternganga luas dan menyebabkan beberapa barangan daripada penumpang disedut keluar, termasuklah sekurang-kurangnya satu iPhone milik penumpangnya.

Tetapi ajaibnya, iPhone itu berjaya ditemui semula di tanah berhampiran Portland, Oregon, dalam keadaan sempurna dan berfungsi seperti biasa.

Seanathan Bates yang menemui iPhone itu berkata, dia menemui telefon itu ketika sedang berjalan-jalan selepas Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) memberitahu penduduk tempatan mengenai serpihan yang mungkin terjatuh dari pesawat itu.

“Terjumpa iPhone di tepi jalan…Masih dalam mod kapal terbang dengan separuh bateri dan terbuka kepada tuntutan bagasi untuk #AlaskaAirlines ASA1282.”

https://twitter.com/SeanSafyre/status/1744138937239822685?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1744138937239822685%7Ctwgr%5E84dc48d30f4d80c7420f9a5d40363ed836cce7ed%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.pcmag.com%2Fnews%2Fiphone-survives-16000-foot-fall-from-alaska-airlines-flight

Bates menambah, dia pada awalnya ragu-ragu bahawa iPhone itu datang dari kapal terbang selepas dia menemui peranti itu di tepi jalan. "Saya fikir ini mungkin tercampak keluar dari kereta, atau seseorang menjatuhkannya semasa mereka berjoging, tetapi saya dapati ia masih cukup bersih, tiada calar padanya, duduk di bawah semak," katanya.

Bates kemudian menyedari telefon itu tidak mempunyai kunci skrin. Ini membolehkan dia menyelak peranti itu dan mencari e-mel pengesahan perjalanan untuk Penerbangan 1282 Alaska Airlines milik pemilik telefon itu. Dia telah memulangkan peranti itu kepada NTSB.

Penerbangan Alaska Airlines mengalami letupan apabila palam pintu—yang digunakan untuk menutup pintu keluar kecemasan—tertanggal secara tiba-tiba daripada pesawat.

Kapsyen: Kredit: Tangkap layar YouTube The Oregonian.


Punca kejadian masih tidak jelas, walaupun palam pintu yang tercabut telah dipulihkan. Dalam pada itu, FAA telah menghentikan pesawat Boeing 737 Max 9 tertentu daripada beroperasi di AS sehingga siasatan selesai.

{suggest}

Sumber: PCMag

Berkaitan