Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Project Gameface_2

Aplikasi Android Kelak Bolehkan Pengguna Kawal Kursor Dengan Ekspresi Wajah

Diterbitkan Mei 15, 2024 ยท Dikemas kini Mei 15, 2024 oleh Amalina Athman

Google telah mengumumkan kod Project Gameface, ‘tetikus’ bebas tangan yang boleh dikawal melalui penjejakan wajah, kini tersedia sebagai sumber terbuka kepada pembangun aplikasi Android.

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Google Umum Project Astra, Boleh 'Video Call' Dengan Pembantu AI
  • Pengguna Kelak Boleh Buat Carian Google Guna Video

Melalui kamera peranti, ia menjejaki ekspresi muka dan pergerakan kepala dengan lancar, menterjemahkannya ke dalam kawalan intuitif dan disuaikan. Pembangun kini boleh menghasilkan aplikasi di mana pengguna boleh mengawal kursor dengan gerak isyarat, ekspresi muka, pergerakan kepala dan sebagainya.

Mula diperkenalkan pada I/0 2023, Project Gameface menggunakan API MediaPipe Face Landmarks Detection untuk memprogramkan kursor dengan cara supaya ia bergerak mengikut pergerakan kepala pengguna.

 

Dalam API tersebut, terdapat 52 nilai bentuk campuran muka yang mewakili ekspresi 52 gerak isyarat muka seperti mengangkat kening kiri atau membuka mulut. Google menggunakan beberapa daripada 52 nilai itu untuk memetakan dan mengawal pelbagai fungsi secara berkesan.

Aplikasi Android Kelak Bolehkan Pengguna Kawal Kursor Dengan Ekspresi Wajah

Sebagai contoh, pengguna boleh mengangkat kening untuk klik dan seret, atau gerakkan mulut untuk mengawal kursor.

https://army.wiser.my/wp-content/uploads/2024/05/Project_Gameface_1_1.mp4

Walaupun Gameface pada mulanya dibuat untuk pemain, Google berkata ia juga telah bekerjasama dengan Incluzza – perusahaan sosial di India yang menyokong orang kurang upaya – untuk melihat sekiranya Gameface boleh diperluaskan dalam bidang pendidikan, kerja serta tetapan lain, seperti dapat menaip mesej kepada keluarga atau mencari pekerjaan.

Kod Project Gameface kini tersedia sebagai sumber terbuka untuk pembangun di Github.

Sumber: Google, via The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY