Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
APEX™, Telefon Pintar Konsep Dari Vivo Yang Menjengah Ke Masa Hadapan

APEX™, Telefon Pintar Konsep Dari Vivo Yang Menjengah Ke Masa Hadapan

Diterbitkan Mac 2, 2018 · Dikemas kini Mac 2, 2018 oleh Wiser MY

Vivo sebuah pengeluar telefon pintar yang pertama mengeluarkan telefon pintar dengan pengimbas cap jari terbina di dalam skrin telah memperkenalkan APEX™. Ia merupakan sebuah telefon pintar konsep yang menampilkan rekaan futuristik di samping ciri-ciri menarik yang boleh diketengahkan kepada pasaran pengguna.

Vivo dengan teknologi FullView™ telah menolak batas rekaan skrin telefon pintar ke tahap yang lebih berani. Mereka berjaya mendapatkan nisbah skrin paparan dengan badan peranti sebanyak 98%, angka tertinggi yang dicapai oleh mana-mana pembuat telefon pintar.

APEX™, Telefon Pintar Konsep Dari Vivo Yang Menjengah Ke Masa Hadapan

Jadi di mana letaknya kamera hadapan bersama pembesar suara? Kamera hadapan 8MP akan ‘terbit’ di bahagian atas setiap kali pengguna mengaktifkan kamera hadapan mereka. Ini membuatkan kamera selfie tersebut tidak menggunakan sebarang ruang di panel hadapan peranti.

APEX™, Telefon Pintar Konsep Dari Vivo Yang Menjengah Ke Masa Hadapan

Untuk pembesar suara di bahagian atas panel hadapan pula, Vivo menggunakan teknologi SoundCasting yang menukarkan seluruh skrin paparan menjadi pembesar suara. Ini bukan kali pertama teknologi ini wujud kerana Xiaomi juga melakukan perkara yang sama dengan peranti Mi Mix mereka.

APEX™, Telefon Pintar Konsep Dari Vivo Yang Menjengah Ke Masa Hadapan

Meneruskan kejayaan mereka mengintegrasikan pengimbas cap jari ke dalam skrin paparan, APEX™ memperkenalkan teknologi yang sama tetapi kali ini 50% skrin paparan boleh digunakan sebagai pengimbas cap jari. Separuh skrin paparan ke bawah kini boleh mengesan cap jari pengguna seterusnya menyahkunci sistem keselamatan peranti.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY