Apa yang menarik tentang keluaran terbaru Asus ini ialah Zenfone Max Pro M1 tidak akan menggunakan sistem operasi ZenUI yang kurang digemari oleh kebanyakkan pengguna Asus Zenfone. Sebaliknya, peranti ini akan menggunakan Android asli Oreo 8.0 yang diharap akan memberikan pengalaman penggunaan yang lebih lancar dan pantas.
Dari segi spesifikasi lain peranti ini, ia boleh dikatakan sama dengan apa yang tertiris di internet seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini. Menggunakan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 636 yang disokong oleh RAM sehingga 6 GB, pengguna peranti ini sepatutnya tidak mengalami sebarang masalah untuk bermain permainan video pada peranti ini, menurut pihak Asus.
Tambah mereka lagi, kapasiti 5,000 mAh pada peranti akan memberi tempoh bermain lebih lama sehingga 12 jam tanpa henti kepada penggunanya. Peranti ini akan hadir dengan tiga pilihan model iaitu 64 GB+4 GB RAM, 64 GB+6 GB RAM dan 32 GB+3 GB RAM. Bagi pilihan model 4 GB RAM dan 3 GB RAM, mereka akan dilengkapi dengan kamera berkembar 13 MP (f/2.2) + 5 MP bagi kamera utama dan 8 MP (f/2.2) bagi kamera hadapan. Manakala untuk model 6 GB RAM pula, ia akan dibekalkan dengan kamera utama berkembar 16 MP (f/2.0) + 5 MP serta kamera hadapan 16 MP.
Asus Zenfone Max Pro ini dijangka akan menjadi pesaing kepada peranti Xiaomi Redmi Note 5 kerana kedua-dua peranti ini akan menggunakan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 636. Namun, Zenfone Max Pro dilihat mempunyai sedikit kelebihan dari segi kapasiti bateri serta penggunaan Android asli berbanding Redmi Note 5.
Pihak Asus dijangka bakal melancarkan peranti Zenfone Max Pro M1 buat pasaran Malaysia pada bulan Mei ini. Ikuti laman sesawang Asus Malaysia dan Facebook rasmi mereka untuk maklumat lanjut berkenaan peranti ini.
Sumber
Berkaitan
- OnePlus 5 Sah Mempunyai Dwi Kamera Utama dan Cip Pemprosesan 835
- Oppo R17 Pro Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia, Dilengkapi Dengan Tri-Kamera Utama
- Tidak Cukup Tiga? Nokia 9 Mungkin Akan Bawa Lima Kamera Utama Kepada Anda Tidak Lama Lagi
- Oppo Find X Akan Hadir Dengan Cip Pemprosesan Snapdragon 845, Dwi-Kamera Utama
- Samsung Galaxy A70 Mula Ditawarkan Di Malaysia, Dikuasakan Oleh Snapdragon 675 & Tri-Kamera Utama
- Imej Tertiris Nokia 5.1 Plus Dedahkan Kamera Utama Dwi-Lensa
- Xiaomi Mi 9 Diramalkan Hadir Dengan Tri-Kamera Utama, Imbasan Cap Jari Dalam Skrin
- Imej Sebenar Huawei Mate 20 Dilaporkan Terdedah, Miliki Rekaan Kamera Utama Yang Unik
- Rekaan Kerangka HONOR 20 Pro Beri Bayangan Penggunaan Tri-Kamera Utama
- #MWC2019 - Nokia 9 Pureview Dengan 5 Kamera Utama!