Antutu Senaraikan 10 Telefon Pintar Yang Paling Digemari Untuk Jun 2018

Selepas hadir dengan senarai 10 Telefon Pintar Terbaik Jun 2018, Antutu sekali lagi berkongsi maklumat mengenai 10 telefon pintar yang paling digemari untuk bulan terbabit.

Model tersenarai merupakan peranti Android yang mendapat penilaian tertinggi dari pengguna aplikasi Antutu dalam tempoh sebulan, bermula dari 1 Jun dan berakhir pada 30 Jun 2018.

Tangga teratas dihuni oleh Sony Xperia XZ Premium dengan penilaian 96%, meninggalkan Meizu Pro 6 Plus ditangga kedua. Sementara itu, OnePlus serta Xiaomi Mi Mix 2 pula berkongsi kedudukan ditangga ketiga dengan markah 93%, diekori oleh 4 model lain iaitu, Xiaomi Mi Note 3, Mi 8, Samsung Galaxy S8, serta Galaxy S8+ yang turut berkongsi mata penilaian.

Xiaomi Mi Max 2 dan Redmi Note 4X pula diletakkan ditangga ke-9 serta 10 dalam senarai terbabit. Jika diteliti, kebanyakkan model yang dipaparkan merupakan model lama dan mungkin pada perkongsian Antutu yang akan datang, kita boleh melihat kehadiran nama-nama baru yang paling digemari oleh pengguna.

Sumber: Antutu