Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Billie 2, 2T, 8 Dan 8T Mungkin Nama Telefon Pertengahan OnePlus Selepas Ini

Billie 2, 2T, 8 Dan 8T Mungkin Nama Telefon Pertengahan OnePlus Selepas Ini

Diterbitkan September 2, 2020 oleh Helmi Samsuri

Salah satu model yang kerap menjadi bualan ketika ini dalam peranti kelas pertengahan adalah OnePlus Nord. Merupakan siri terbaru untuk bersaing dalam segmen pertengahan, selepas ini mungkin akan hadir beberapa buah lagi penawaran.

Menerusi perkongsian @stufflistings di Twitter, beliau telah berkongsikan rakaman layar memaparkan 4 kod nama; billie2, billie2t, billie8 dan billie8t.

So the OnePlus Billie series is indeed in the works (Billie 2, 2T, 8, 8T). There won’t be just budget phones. Plus, I’ve heard that the Nord might soon receive some sort of price cut to welcome the upcoming ones.#OnePlus #OnePlusBillie pic.twitter.com/eF2cOhPRnS

— Mukul Sharma (@stufflistings) September 1, 2020


Spekulasi kini mengatakan kod nama tersebut mungkin digunakan sebagai nama model akan datang seperti OnePlus Billie 2, OnePlus Billie 2T dan selanjutnya.

Terdahulu, @MaxJmb sedia mendedahkan peranti dengan nama kod nama “billie”.

It’s a leak… sort of.
Let me introduce Codename “Billie” or as we call it: Aurora.

The devices are based on our imagination but I believe they could be very close to the actual phones.

Yeah, “phones” – pluralhttps://t.co/Aa7GNBfOh9 pic.twitter.com/X7o4y5LGvc

— Max J. (@MaxJmb) August 2, 2020

Salah satu peranti diatas diramal hadir dikuasakan cip Snapdragon 662 atau 665. Sementara yang lain mungkin datang bersama Snapdragon 690 menjadikanya sebagai peranti pertengahan dengan sokongan 5G pada harga yang lebih mampu milik.

Tempoh hari, kedengaran juga tentang sebuah model dengan kod nama Clover. Ia dilihat hanya memuatkan spesifikasi kelas permulaan seperti Snapdragon 460, RAM 4GB beserta storan sebesar 64GB. Menariknya juga, ia akan dibekalkan bateri 6000mAh diiringi pengecasan pantas 18W.

Buat masa sekarang ia hanyalah ura-ura dan untuk itu, kita nantikan pengumuman dari pengeluar.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY