Bercadang Untuk Beli Telefon Pintar Terpakai? Perhatikan Bahagian Peranti Ini Sebelum Membelinya

Banyak tips-tips yang dikongsikan seperti meneliti sama ada harga jualan itu masuk akal  atau tidak, keadaan telefon pintar itu sempurna atau tidak dan lain-lain.

Berdasarkan laporan dari OptoFidelity, sebuah syarikat penguji peranti terpakai, mereka mengumpulkan data berkenaan komponen peranti yang kerap kali mengalami masalah.

Hasil ujian melibatkan lebih dari 1 juta unit peranti terpakai menemukan bahagian butang sebagai komponen yang paling bermasalah. Jika difikirkan kembali, pengguna seringkali menekan butang ini sama ada untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan skrin, membuat screenshot atau fungsi lain.



Seterusnya data yang dikumpulkan menyenaraikan LED notifikasi sebagai komponen kedua yang bermasalah diikuti dengan speaker.

Dengan maklumat yang diberikan ini, ia sedikit sebanyak boleh membantu anda dalam meneliti keadaan sesebuah telefon pintar terpakai sebelum mengeluarkan wang untuk membelinya.

Sumber: OptoFidelity