Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pentagon Sahkan Anthropic Kini Dilabel “Risiko Rantaian Bekalan”

Anthropic Perkenal Tera Air Pada Teks Claude Bagi Patuhi Undang-Undang EU

Diterbitkan Ogos 12, 2026 · Dikemas kini Ogos 12, 2026 oleh ariff bukhari

Syarikat AI Amerika Syarikat, Anthropic, mengumumkan bahawa ia akan menambah tera air (watermark) tidak kelihatan pada teks yang dihasilkan oleh bot sembangnya, Claude, demi mematuhi perundangan Kesatuan Eropah (EU).

Bagaimanapun, syarikat itu menegaskan bahawa tanda ini hanya bermaksud teks berkenaan telah diproses oleh Claude, dan bukannya mengesahkan bot sembang itu yang menjananya secara mutlak.

Ciri baharu yang diperkenalkan pada Isnin di San Francisco itu tidak akan kelihatan pada mata manusia dan akan kekal walaupun teks tersebut dipotong dan ditampal.

Namun, alat ini mempunyai had tertentu, kata Anthropic.

Mengesan tera air Claude bermakna teks tersebut mungkin telah diproses oleh Claude, tetapi tidak mengesahkan sumber asalnya, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Sebagai contoh, katanya,

“Claude mungkin bukan pengarang asal. Orang ramai kerap menggunakan Claude untuk menyemak ejaan, menterjemah, merumuskan, atau menukar format fail. Hasil teks boleh membawa tanda Claude walaupun idea dasar, teks, atau data asal berpunca daripada sumber lain.”

Sebaliknya, teks yang sangat pendek atau yang telah diubah suai secara drastik mungkin tidak akan membawa tera air tersebut.

Apabila Claude menjana jenis fail yang disokong seperti .jpg, ia akan melampirkan metadata punca bertandatangan yang selaras dengan piawaian terbuka yang digunakan untuk merekod maklumat mengenai asal usul kandungan, kata Anthropic.

Katanya, hanya model Claude yang dilancarkan pada atau selepas 2 Ogos akan menampilkan tera air baharu ini.

Model terdahulu akan dinaik taraf secara berperingkat.

Perubahan ini bertujuan bagi mematuhi peraturan baharu EU mengenai kecerdasan buatan yang menetapkan bahawa kandungan janaan AI mesti menampilkan penanda yang boleh dibaca oleh mesin.

Pelanggaran peraturan ini berdepan risiko denda yang berat.

Anthropic menyatakan bahawa ia akan menggunakan tera air ini di seluruh dunia, bukan hanya di Eropah.

Anthropic merupakan antara kira-kira 190 organisasi yang menandatangani kod amalan baik sukarela EU akhir bulan lalu, bersama gergasi lain termasuk Google, Meta, Microsoft, Mistral, dan OpenAI.

Google telah memperkenalkan SynthID, sebuah teknologi penandaan dan pengesanan digital canggih yang tidak diakses secara umum.

Ia kini menggesa gergasi industri seperti Apple, Nvidia, dan OpenAI untuk menggunapakai piawaian tersebut.

Anthropic bagaimanapun belum melancarkan alat pengesan tera air seperti yang dituntut dalam kod amalan baik EU itu. – AFP

Berkaitan

  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Robocop Menjalankan Sistem Windows Dan Terminator Pula macOS
  • Puspakom Perkenal Teknologi Pemeriksaan Bawah Kenderaan Dipacu AI Pertama Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY