Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
anthem EA

Anthem Akan Ditamatkan Januari 2026, Mod Solo Pun Tak Boleh Main

Diterbitkan Julai 4, 2025 oleh Amsyar Latif

EA dan BioWare mengesahkan bahawa Anthem akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 Januari 2026. Selepas tarikh itu, permainan ini tidak akan lagi boleh dimainkan langsung, termasuk mod solo. Ini kerana Anthem dibina khusus untuk dimainkan secara dalam talian.

Pembelian mata wang premium dalam permainan telah dihentikan, namun pemain boleh terus memainkannya sehingga pelayan ditutup.

Permainan ini juga akan ditarik balik daripada EA Play dan platform EA pada 15 Ogos 2025. Pemain yang sudah memilikinya masih boleh memuat turun dan bermain hingga penutupan.

Dilancarkan pada 2019, Anthem menerima sambutan bercampur dengan pelbagai isu teknikal dan kekurangan sokongan jangka panjang.

Penutupannya menimbulkan semula persoalan tentang hak pemain terhadap permainan yang tidak menyediakan mod luar talian, dan menguatkan gesaan agar amalan ini dihentikan.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Tak Perlu Buka Banyak App Lagi, Xbox PC Kini Gabung Semua 'Game'
  • Meta Quest 3S Xbox Edition Kini Rasmi – Hadir Dengan Aksesori Eksklusif & Game Pass

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna iPhone Dengan iOS Lama Berisiko Digodam, Telegram Mula Hantar Amaran
  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
©2026 WISER.MY