Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
75% Nombor Telefon Pengguna Malaysia Telah Dibocorkan – Gogolook

Anggota Polis Akan Terima Insentif Rebat RAHMAH Secara ‘One-Off’ – Kementerian Komunikasi

Diterbitkan Mac 25, 2025 · Dikemas kini Mac 25, 2025 oleh Amalina Athman

Sempena Hari Polis ke-218, Kementerian Komunikasi mengumumkan Insentif Rebat RAHMAH secara one-off  (satu kali sahaja) kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), meliputi anggota beruniform dan awam yang berkhidmat dengan PDRM.

Anggota PDRM yang mendaftar pelan pascabayar akan menikmati rebat dalam bentuk tanggungan pembayaran bil selama satu bulan – sama ada pada bulan April, Mei atau Jun bergantung kepada tarikh kitaran bil penerima rebat.

Sementara itu, anggota PDRM yang melanggan pakej prabayar akan menerima tambah nilai minimum RM30 secara one-off dan kaedah pemberian rebat adalah berbeza mengikut syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco).

Insentif Rebat Rahmah PDRM_1

Pemberian Insentif Rebat RAHMAH ini disokong oleh telco CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech, YTL Communications, Tune Talk, redONE dan XOX Com.

Apa yang perlu dilakukan?

Anggota PDRM yang masih belum mengemas kini nombor telefon pelan pascabayar atau prabayar perlu berbuat demikian menerusi Pengurusan Sumber Manusia masing-masing sebelum 10 April 2025.

Seterusnya, tawaran rebat ini akan dilaksanakan secara automatik oleh telco terlibat, berdasarkan data yang diterima daripada pihak Kementerian Dalam Negeri atau PDRM. Semakan boleh dibuat oleh anggota polis pada bil/status tambah nilai masing-masing.

Maklumat lanjut mengenai insentif ini akan diumumkan oleh telco masing-masing, dengan senarai soalan lazim (FAQ) boleh dirujuk melalui laman rasmi Kementerian Komunikasi.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Menteri Komunikasi Cadang PDRM Guna Jalur Lebar 5G Khusus
  • Rebat Bil Elektrik RM40 Dilanjutkan Sehingga Disember 2025

Sumber: Kementerian Komunikasi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY