Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sty rfdgn

Android P Dilapor Akan Hadir Dengan Sokongan Untuk Paparan Skrin Takuk

Diterbitkan Februari 13, 2018 oleh Helmi Samsuri

Rekaan takuk pada skrin paparan seakan-akan sudah mula diterima oleh peminat telefon pintar, walaupun pada awalnya ia menerima kritikan hebat terutama sekali iPhone X.

Bagi sistem operasi Android yang akan datang, Google dilapor akan hadir dengan perisian yang menyokong rekaan skrin paparan takuk tersebut.

Akan memfokuskan penambahbaikan dari segi perisian, sistem operasi yang digelar Android P ini turut diharap dapat menarik lebih ramai pengguna iPhone beralih kepada platform Android.

Selain itu, ia juga akan mereka semula sistem supaya dapat diintegrasikan dengan baik pada peranti yang mempunyai skrin paparan yang unik seperti ZTE Axon M dan peranti dengan skrin boleh lentur dari Samsung.

Antara sebab Android P menyertakan sokongan terhadap skrin takuk adalah kerana Google berpendapat rekaan itu semakin popular dalam kalangan pengeluar.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY