Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IT Brief Android

Android Dilapor Dedahkan Data Walaupun ‘Always-On VPN’ Diaktifkan

Diterbitkan Oktober 13, 2022 ยท Dikemas kini Oktober 13, 2022 oleh Amalina Athman

Android kini dilaporkan masih mendedahkan beberapa data dan trafik setiap kali pengguna menyambungkan peranti kepada rangkaian Wi-Fi, walaupun ketika “Always-On VPN” diaktifkan.

Tidak hanya ciri “Always-On VPN”, Mullvad VPN turut menjumpai isu yang sama pada “Block connections without VPN”. Antara data yang dibocorkan itu termasuk sumber alamat IP, carian DNS, trafik HTTPS, dan kemungkinan juga adalah trafik NTP.

Berkaitan

  • 75 Aplikasi Android Dan 9 Aplikasi App Store Ini Terlibat Dalam Penipuan Iklan
  • Anda Patut Buang Kuki Dalam Pelayar Chrome Di Peranti Android, Ini Caranya
  • Buang Segera Aplikasi Android Ini Didapati Boleh Merakam Audio Dan Mencuri Data

Dinyatakan, Mullvad menemui isu berkenaan ketika melakukan audit keselamatan dan seterusnya mengeluarkan amaran untuk meningkatkan kesedaran tentang perkara itu serta memberikan tekanan tambahan kepada pihak Google.

Pihaknya juga telah melaporkan isu tersebut kepada Google. Bagaimanapun, seorang jurutera Google memaklumkan kebocoran trafik itu tidak berlaku secara tidak sengaja. Sebaliknya, ia memang direka dengan cara sedemikian, di mana impak privasi adalah minimum kerana maklumat yang didedahkan sudah tersedia daripada sambungan L2.

Gambar utama: IT Brief

Sumber: BleepingComputer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY